Kedudukan Martial dalam bahaya jika United serius ingin mendapatkan Harry Kane

United harus melepaskan Martial jika ingin mendapatkan Harry Kane.

0

Manchester United dikatakan sedang dalam dilema sama ada ingin membawa masuk Harry Kane ke United selepas penyerang bintang Spurs itu mengeluarkan kenyataan ingin berhijrah ke kelab lain pada musim hadapan.

Kenyataan tersebut telah membuatkan banyak kelab besar di eropah berminat untuk membawa masuk pemain tersebut. Manchester City merupakan kelab yang dominan untuk menjadi pasukan idaman pemain tersebut. Dengan keadaan kewangan yang sangat kukuh, tiada maslaah untuk City mendapatkan Kane selepas Aguero meninggalkan kelab tersebut pada akhir musim ini.

Ole Gunnar Solskjaer mengakui yang United perlu melakukan tawaran secara rasmi jika mereka benar-benar serius dalam usaha mendapatkan Harry Kane kerana nilai Kane dikatakan akan mencecah 100 ke 150 juta pound.

United pada awal bulan ini telah berjaya mengikat kontrak tambahan 1 tahun bersama dengan Cavani. Walau bagaimanapun pemain itu pasti tidak dapat diturunkan pada setiap perlawanan disebabkan faktor usianya pada ketika ini.

Jika United ingin mendapatkan Harry Kane, makaUnited harus mengosongkan posisi penyerang tengah utama mereka. Calon yang dikatakan itu adalah Anthony Martial. Jika United berjaya menjual Martial, ia akan memberi ruang kepada Kane untuk menjadi penyerang utama pasukan United.

Pemain antarabangsa Perancis itu tidak disenaraikan dalam senarai pemain Perancis untuk kempen Piala Eropah yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Martial juga hanya menjaringkan 4 gol dalam 22 penampilan bersama United pada musim ini.

- Advertisement -