Berita Terkini

“Kecewa dengan keputusan gembira dengan persembahan” Erik ten Hag

13a5a8c8 03df 43e6 Bfd0 351099aeec64

Man United dan Newcastle berkongsi satu mata apabila keputusan seri tanpa jaringan perlawanan di Old Trafford dalam kempen liga domestik..

United melayan kunjungan Newcastle dimana kualiti mereka kali ini bukan kelab yang sama pada musim lepas..

Dari awal perlawanan Newcastle bermain sangat agresif untuk berikan United kesukaran menjaringkan gol. Mereka melakukan tekanan yang tinggi untuk menutup segala ruang dan peluang.

Ianya berhasil apabila United tidak mampu menjaringkan gol sehinggalah tamat perlawanan.

Bercakap sejurus perlawanan, Erik ten Hag memberikan respon berkenaan keputusan dan persembahan anak buahnya..

Perasaan Kecewa..

United sudah pasti menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan namun perasaan kekecewaan itu diluahkan Ten Hag kerana kegagalan mereka mendapatkan tiga mata

Namun bagi Ten Hag, walaupun bukan keputusan yang mereka mahukan tapi ia adalah persembahan yang berikan kepuasan untuk Ten Hag..

“Saya kecewa dengan keputusan itu, tetapi saya gembira dengan persembahan. Tekanan adalah baik. Kami membuat mereka berlari.”

“Mereka [Newcastle] adalah salah satu pasukan fizikal terbaik, mereka mengalami kekejangan. Akhirnya kami  menghancurkan mereka, tetapi kami tidak membunuh mereka. Kami mempunyai peluang.”

Persembahan..

Erik ten Hag memuji persembahan anak buahnya yang dilihat patut memenangi perlawanan namun jaringan gol tidak sampai tiba..

“Persembahan kami bagus. Kami mengekalkan rekod bersih, kami mengasak dengan baik, kami mengawal permainan dan secara beransur-ansur kami bagus pada bola, terutamanya pada separuh masa kedua.”

“Kemudian, kami menentukan permainan dan akhirnya kami sepatutnya menjaringkan gol kemenangan. Satu daripada Fred, dan kemudian Rashford, mereka sepatutnya menjaringkan gol dalam situasi itu.”

“Akhirnya kami berpeluang memenangi perlawanan, kami berhak untuk menang, dan ia adalah pujian besar kepada pasukan bahawa kami layak menentang salah satu pasukan paling fizikal dalam liga.”

“Akhirnya kami dapat merobohkan pertahanan mereka, tetapi kami tidak dapat ‘membunuh’ mereka dalam perlawanan ini.  Mereka mempunyai masa di mana mereka mula hilang tumpuan, dan kami terus berusaha untuk sesuatu”

“Pasukan itu memahami dari awal hingga akhir bahawa kami perlu bekerjasama. Kami sukar untuk ditewaskan apabila kami berjaya, jadi kami hanya perlu meneruskannya.”

United gagal memungut tiga mata penuh bermain di tempat sendiri. United kekal di tangga ke lima namun gagal merapatkan jurang pungutan mata.

Selepas ini United akan berdepan dua perlawanan besar dalam masa beberapa. Bermain di Old Trafford menentang Spurs dan Chelsea di Stamford Bridge..

 

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

[BMU - PIALA FA EMIRATES]

Separuh Akhir 

Coventry City 3
(Simms 71 OHare 79 Wright 90+5 pen.)

Manchester United 3
(McTominay 23 Maguire 45+1 Fernandes 59)

United menang penentuan sepakan penalti 4-2.

United layak ke perlawanan akhir! Tahniah United!

Komen anda dengan keseluruhan persembahan pemain-pemain United dalam perlawanan sebentar tadi.

Siapakah pemain terbaik United dalam perlawanan sebentar tadi?

p/s: Kemenangan yang cukup sukar buat United. Pujian buat Coventry City yang bangkit dengan penuh keajaiban. Fokus United untuk perlawanan seterusnya dan perbaiki segala kelemahan dan kekurangan! 💪👊

#GGMU! 

#BMU06

[BMU - PIALA FA EMIRATES]

Separuh Akhir

Coventry City 3
(Simms 71' O'Hare 79' Wright 90'+5 pen.)

Manchester United 3
(McTominay 23' Maguire 45'+1 Fernandes 59')

United menang penentuan sepakan penalti 4-2.

United layak ke perlawanan akhir! Tahniah United!

Komen anda dengan keseluruhan persembahan pemain-pemain United dalam perlawanan sebentar tadi.

Siapakah pemain terbaik United dalam perlawanan sebentar tadi?

p/s: Kemenangan yang cukup sukar buat United. Pujian buat Coventry City yang bangkit dengan penuh keajaiban. Fokus United untuk perlawanan seterusnya dan perbaiki segala kelemahan dan kekurangan! 💪👊

#GGMU!

#BMU06
... See MoreSee Less

2 hours ago

256 CommentsComment on Facebook

Syukur Alhamdulillah kita menang. Kita buat lagi. Silap sikit percaturan. Apa-apa bola itu bulat. Tiada yang mustahil.

dh menang penalti, xde sorang pun pergi kerumun kt Hojlund/Onana. Prgi kt fans pun jalan sedih mcm kalah. Mmg ada majlis kematian ke tadi ? 😑

Harap adalah player yang sengaja atau Tak sengaja taji kaki raspod time training .. dia dengan ten hag dua2 boleh out buat team sendiri ..

Load More

Coventry City 3 - 3 Manchester United
(Sepakan penalti 2 - 4)

RASMUS HØJLUND menyempurnakan sepakan penalti baik untuk membawa United ke perlawanan akhir!!!
... See MoreSee Less

2 hours ago

409 CommentsComment on Facebook

ETH mmg saje main kan perasaan dak2 lipop

Tahniah Coventry... Anda sememangnya layak menang👍

Lwn Coventry City pun nazak.. final lwn MC.. 🤣

Load More