Keberangkatan Amad Diallo ke Feyenoord berkemungkinan ditangguh disebabkan kecederaan

0

Wartawan terkenal, Fabrizio Romano menyatakan yang Manchester United akan membenarkan pemain muda dari Ivory Coast, Amad Diallo untuk menyertai kelab Belanda, Feyenoord secara pinjaman untuk tempoh setahun.

Amad sepatutnya telah menjalani ujian kecergasan dan perubatan tetapi tertangguh kerana mengalami kecederaan semasa sesi latihan. Kecederaan yang masih tidak dipastikan dan yang pasti ia tidak ada yang serius.

Pinjaman selama setahun ini pasti akan memberikan pengalaman berharga untuknya menempatkan diri dalam skuad utama United pada masa akan datang. Kini kedudukannya untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan semakin ke bawah kerana kedatangan Cristiano Ronaldo yang akan berada di United sekurang-kuranya 2 musim lagi.

Di ambil dari Twitter milik Rabrizio Romano

Ketika ini Amad yang mempunyai 600 minit permainan bersama kelab dan dia seharusnya perlu bermain lebih banyak lagi untuk karier dan dirinya berjaya di masa depan. Amad juga perlu lepas dalam ujian perubatan untuk membolehkan dia berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama Feyenoord pada musim ini.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer tidak menyatakan tentang kedudukan Amad Dalam sidang media selepas kemenangan 0-1 ke atas Wolverhampton Wanderers malam tadi. Feyenoord pula telah memenangi 2 perlawanan pertama dalam Liga Belanda dan kalah 3-1 dalam perlawanan ketiga menentang Utrecht minggu lepas. Sekiranya Amad tidak berjaya untuk dipinjamkan dalam tempoh 2 hari ini, kemungkinan dia akan berada dalam skuad utama United dan akan dipinjamkan pada bulan Januari 2022 nanti.

- Advertisement -