Kebangkitan Martial Untuk Musim Depan

0

Musim hadapan akan menjadi musim penting bagi penyerang Manchester United, Anthony Martial untuk menjadi pemain kesebelasan utama pasukan.

Kelibat Edinson Cavani dalam kesebelasan utama untuk setiap perlawanan mungkin sukar kerana faktor umur yang mencecah 34 tahun musim hadapan.

Manchester United juga perlu memikirkan penyerang baru kerana kontrak Cavani akan berakhir pada Jun 2022.

Martial Pula tidak begitu bernasib baik apabila mengalami kecederaan pada penghujung musim lepas sehingga terlepas perlawanan akhir Piala Europa dan kempen Euro 2020.

Sebelum bermulanya pra-musim 2021/2022, Martial dilihat sibuk melakukan persiapan fizikalnya. Pemain Perancis itu dilihat berada di gimnasium ketika sedang bercuti di Greece.

Martialgreece-1

Latihan yang dilakukan tidak terlalu berat kerana dia baru pulih dari kecederaan lutut baru-baru ini. Semasa Di Greece, Martial dilihat bergambar bersama Jesse Lingard dan bekas rakan sepasukan, Ashley Young.

Kembali Dengan Keyakinan

Pada musim lepas, ia sesuatu yang kurang berangsangkan untuk Marital, dia hanya menjaringkan 7 gol sahaja. Dia perlu melupakan kisahnya itu dan bergerak maju ke hadapan untuk persediaan dirinya bagi musim baru.

Kemungkinan kedatangan Jadon Sancho ke dalam pasukan akan memberikan rangsangan baru kepada Martial untuk menjadi penyerang utama pasukan. Martial dijangka akan mendapat manfaat sekiranya Sancho masuk ke dalam pasukan.

Anthony Martial juga dijangka akan berada dalam pasukan lebih awal kerana banyak pemain lain masih terlibat dengan Euro 2020. Begitu juga dengan Edinson Cavani yang terlibat dengan pasukan Uruguay untuk kempen Copa America 2021.

Martial akan lebih berpeluang menjadi penyerang utama dalam perlawanan pra-musim nanti. Perkara psotif dapat dilihat apabila dia kembali ke pusat latihan Carrington awal Julai nanti.

Satu musim yang besar untuk Martial dan perlu kembali menjaringkan gol seperti musim 2019/2020 apabila dia menjaringkan 23 gol semuanya dalam musim tersebut.

- Advertisement -