Keane anggap Fred membebankan pasukan dan tidak layak bermain untuk United

0

3BB9CCE2-1887-4FB8-A953-E3C85531E305

Lagenda Manchester United Roy Keane menganggap prestasi pemain tengah dari Brazil fred mungkin akan membuat United akan kehilangan peluang untuk menjuarai liga.

Keane mengakui bahawa prestasi pemain itu sangat buruk dan berpotensi membebankan Manchester United.

Kritikan Keane dibuat setelah perlawanan Wolverhampton vs Manchester United.Dalam perlawanan itu, Fred digandingan bersama Paul Pogba di kawasan tengah United.

Dalam perlawanan itu Fred boleh dikatakan bermain sangat buruk kerana sering melepaskan hantaran yang salah dan sering kehilangan bola dalam pertembungan fizikal.

Keane mengakui bahawa dia tidak dapat memahami penampilan Fred.Dia menganggap pemain tengah itu tidak layak berada dalam skuad United ketika ini. 

Keane mempunyai alasan kukuh mengapa dia menganggap Fred tidak layak bermain bersama United.Dia menilai bahawa pemain tengah itu tidak mempunyai kepakaran dalam skuad The Red Devils.

“Semasa anda bermain sebagai pemain tengah di sebuah kelab besar, anda mesti mempunyai sesuatu yang menonjol.”

“Pemain tengah mesti mempunyai kepakaran seperti maju ke depan atau sangat pandai bertahan atau juga rajin menjaringkan gol. Masalahnya adalah, saya tidak melihat ciri-ciri itu di Fred.

Keane juga berpendapat Manchester United harus mencari pemain tengah yang lebih baik daripada Fred untuk menjadi pasangan untuk Pogba.

Dia menganggap bahawa jika Manchester United terus bergantung pada Fred, maka jangan berharap mereka menjadi juara musim ini.

“Saya fikir masalah pemain tengah ini adalah masalah utama Manchester United, dan mereka akan sukar untuk menang sekiranya keadaan mereka masih seperti ini.

- Advertisement -