Buletin Manchester United

Kata-kata Sweet Bruno Fernandes untuk Mason Greenwood Selepas Kejayaan Manchester United

Kata-kata Sweet Bruno Fernandes untuk Mason Greenwood Selepas Kejayaan Manchester United

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes memberi penghormatan kepada rakan sepasukannya, Mason Greenwood. Greenwood menjaringkan satu lagi gol untuk The Red Devils ketika pertarungan menentang Brighton baru-baru ini. Kemenangan 2-1 ke atas Brighton menjadikan United berjaya mengekalkan kedudukan di tempat kedua dalam liga perdana.

Itu adalah gol keduanya dalam permainan berturut-turut setelah menjaringkan gol ketika menentang Leicester City di suku akhir Piala FA. “Semua orang harus tahu bahawa Mason adalah pemain muda dan sekarang semua orang mulai mengetahui bagaimana perkembangan Mason,” kata Fernandes di laman web rasmi kelab.

Gol Greenwood yang berusia 19 tahun itu muncul pada minggu pertama Disember di West Ham dan ia adalah yang keenam setelah 17 gol pada musim pertamanya, 2019/2020.

Bruno melihat perkembangan Greenwood yang terus meningkat maju. Dia juga yakin Greenwood akan mempunyai masa depan yang cerah di Old Trafford. “Ini adalah sebahagian dari perkembangannya dan dia akan belajar dari sini, jadi tidak peduli berapa banyak gol yang dijaringkannya. Perkara yang paling penting bagi kami adalah dia masih membantu pasukan dan dia melakukan yang terbaik untuk pasukan. “kata Bruno.

“Ini penting bagi kami sebagai satu pasukan, tidak peduli siapa yang menjaringkan gol. Sekiranya Mason menjaringkan gol untuk kami atau tidak, yang paling utama jika dia dapat melakukan pekerjaan lain seperti, merebut bola, mengasak pemain lawan, bertahan ketika kami memerlukannya, membuat assist, mencipta peluang, “kata pemain tengah yang telah menyertai Manchester United pada 2020.

Bruno juga melihat penyudah Mason Greenwood yang semakin positif. “Jadi tidak penting baginya untuk menjaringkan gol. Dia mesti faham, dia merupakan seorang pemain muda. Tentu saja, setiap penyerang ingin menjaringkan gol tetapi, bagaimanapun, dia akan menjaringkan lebih banyak gol pada kariernya akan datang.” lanjutnya.

Marcus Rashford menjaringkan gol ke-19 musim ini untuk menyamakan kedudukan pada babak kedua setelah kembali dari kecederaan yang menyebabkan dia menarik diri ketika United tewas pada Piala FA menentang Leicester dan digugurkan dalam skuad England untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Malangnya, Bruno tidak melihat gol yang dihasilkan oleh Marcus. “Saya tidak melihatnya kerana seseorang hampir mematahkan pergelangan kaki saya!” kata Bruno. “Tetapi saya gembira untuk pasukan, saya gembira untuk Marcus. Itu adalah usaha yang baik kerana seperti semua orang tahu, dia telah pulih dari kecederaan dan dia membantu kami.”