Buletin Manchester United

Louis-van-Gaal-yang-menamatkan-karier-saya-di-United

Karier saya di United berakhir disebabkan Louis van Gaal

Pemain sayap Crystal Palace Wilfried Zaha ada mencertiakan mengenai kisahnya ketika dia bersama United. Kariernya tertutup rapat semasa United dikendalikan oleh Louis van Gaal. Zaha telah dibeli Manchester United dari Crystal Palace pada tahun 2013. Zaha dibawah masuk oleh Sir Alex Ferguson ke United. Zaha hanya sempat bersama SAF untuk 1 musim kemudian David Moyes telah mengambil alih jawatan tersebut disebabkan persaraan SAF.

Zaha gagal mencipta nama di United. Zaha menyebut kariernya musnah kerana Van Gaal. ‘Saya yang baru pulang dari Cardiff selepas bermain di sana secara pinjaman.’ Sekembalinya dia ke United, Van Gaal merupakan pengurus United pada ketika itu. Pada kejohanan Piala Dunia, Van Gaal telah meletakkan Robin van Persie dan Arjen Robben sebagai penyerang utama Belanda. Dan Van Gaal mahu meletakkan Zaha bermain bersama Robin van Persie di bahagian serangan. Zaha tidak pernah bermain sebagai seorang penyerang. Van Gaal telah memberikan 2 pilihan iaitu bermain sebagai penyerang atau ‘wing back’. Zaha memberitahu dia tidak boleh bermain di posisi yang diminta oleh Van Gaal.  Van Gaal kemudian telah menyisihkan dia dari pasukan utama United.

‘Saya terkejut dengan perjalanan karier saya di United. Ketika saya pulang ke United, saya diberi dua pilihan yang saya tidak mampu lakukan. Tetapi segalanya sudah berubah. Berkat usaha yang saya lakukan saya boleh bermain di 2 poisisi itu ketika saya bersama dengan pasukan Crystal Palace. Semasa di United saya tidak mampu untuk bermain sebagai seorang penyerang kerana saya boleh menjangkakan pertahana lawan mampu merampas bola dengan mudah bola daripada saya.’

Keputusan Zaha untuk meninggalkan United merupakan keputusan yang tepat. Dia telah menjadi pemain harapan bagi pasukan Crystal Palace pada setiap musim. Dia berjaya menjaringkan gol dan mencipta peluang gol untuk rakan sepasukan.