Buletin Manchester United

Kami-tidak-boleh-dianggap-sebagai-pencabar-kejuaraan-liga

Kami tidak boleh dianggap sebagai pencabar kejuaraan liga

Pengurus pasukan Manchester United berkata United tidak boleh dianggap sebagai pencabar utama kejuaraan liga selepas melepaskan gol di minit terakhir perlawanan. Jaringan Dominic Calvert Lewis telah memberikan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata selepas seri 3-3. United yang mendahului 2-0 pada babak pertama dan kemudiannya sekali lagi mendahului 3-2 melepaskan peluang untuk mengutip 3 mata berharga.

Keputusan ini sekaligus memberi peluang untuk Man City menjarakkan lagi mata dikedudukan teratas liga. Pengurus yang berusia 27 tahun itu berkata, ‘ Kami boleh dianggap sebagai pesaing bagi kejuaraan liga, tetapi kami perlu bermain lebih baik dari pada sekarang dan tidak melakukan kesilapan mudah. 3 percubaan 3 gol daripada pasukan lawan. Sukar diterima oleh saya. Kami bermain baik sepanjang perlawanan tetapi inilah bola sepak.’

‘Saya tidak akan menyalahkan sesiapa berkenaan gol-gol yang dijaringkan pasukan lawan. Kami seharusnya bermain sebagai satu pasukan. Peluang yang kami perolehi sepatutnya diterjemahkan dengan gol.’ United mendahului perlawanan menerusi Cavani sebelum Bruno Fernandes memberikan kelebihan 2 gol untuk United. Namun Everton berjaya menyamakan kedudukan menerusi Doucoure dan James.

Scott berjaya menanduk masuk untuk gol ketiga United sebelum Calvert menyamakan kedudukan di minit terakhir perlawanan. United juga akan kehilangan khidmat Paul Pogba yang mengalami kecederaan otot pada separuh masa pertama.