Kami telah kembali

0

‘Kami telah kembali’ kata-kata yang telah diungkapkan oleh Dimitar Berbatov selepas dia memberi sokongan padu kepada pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer untuk menewaskan Liverpool sekaligus menjarakkan mata dikedudukan liga.

Kali terakhir Manchester United dan Liverpool berada pada kedudukan 1 2 dalam saingan liga perdana adalah ketika Dimitar Berbatov melangkah keluar padang selepas di belasah Liverpool 4-1 di Old Trafford. Berbatov yang bermain di bawah kendalian bekas pengurus United pada ketika itu Sir Alex Ferguson telah di ratah teruk oleh pasukan Liverpool yang diketuai Fernando Torres, Steven Gerrad dan rakan-rakan pada musim 2009-2009.

Saingan sengit untuk merebut tempat sebagai pendahulu gelaran juara antara 2 musuh tradisi ini bakal disaksikan di Stadium Anfield di mana Liverpool sudah 64 perlawanan tidak kalah di gelanggang keramat mereka ini. Walaupun United pernah tewas pada 12 tahun lepas dengan kekalahan yang besar, Berbatov dan rakan sepasukan berjaya memenangi gelaran juaran Liga Perdana Inggeris pada musim tersebut.

Bekas penyerang United yang berusia 39 tahun ini berkata,’Ia bukanlah detik yang bagus bagi saya apabila melihat mereka menjaringkan 4 gol dan kami tewas pada perlawanan tersebut kepada mush tradisi kami. Suasana bilik persalinan sangat sunyi melihat kepada keklahan perlawanan tersebut dan memikirkan apa yang kami telah lakukan sebenarnya.’

‘Pengurus masuk ke bilik persalinan dengan suara yang lantang, menyuruh para pemain mengankat kepala dan terus fikir mengennai perlawanan seterusnya, pergi mandi dan balik ke rumah. Apabila anda tewas kepada mush tradisi anda pasti kesuraman melanda seluruh pasukan anda. Anda akan balik ke rumah dan memikirkan apa yang telah anda lakukan sehingga boleh kalah dengan jumlah jaringan yang besar. Anda mahu main untuk perlawanan berikutnya dan tidak mahu memikirkan perkara sebegini. Ia sungguh teruk untuk kami lalui.’

‘Perkara seperti ini akan menjadi bualan peminat sehingga anda dapat membuktikan anda berjaya mencapai sesuatu. Walaupun kami tewas kepada Liverpool kami masih lagi ada baki perlawanan yang banyak perlu diharungi. Seharusnya kami perlu memenangi baki perlawanan tersebut. Dan kesudahannya, kami berjaya menjuarai liga pada musim tersebut.’

Berbatov di antaranya satu-satu pemain United yang berjaya menjaringkan gol hatrik ketika United menang 3-2 ke atas Liverpool pada tahun 2010 sejak Stand Pearson melakukannya pada tahun 1946. Dia juga telah mealakukan penampilan pertamanya dengan United pada 2008 selepas Sir Alex Ferguson memberitahunya untuk rehat selama seminggu disebabkan perpindahan yang memenatkan bernilai £30 juta dari Spurs pada jendela perpindahan awal musim tersebut.

Berbatov percaya, perlawanan hari ini akan menjadi perlawnaan yang sengit dan semua berkaitan dengan taktikal pengurus. Berbatov percaya Ole Gunnar Solskjaer mampu melakukan sesuatu pada perlawanan ini. ‘Jika kita menang pada perlawanan ini, kita telah melakukan dengan baik dan ‘Kita telah kembali!’

Sumber dari TheSun Football

- Advertisement -