Pemain pertahanan kanan United Diogo Dalot memberikan reaksi selepas pasukannya tewas dalam pertarungan di Villa Park. Dalot dan rakan sepasukan sudah menjangkakan perlawanan sukar, tapi mereka telah membuatkan lawan mudah menguasai United..
Perlawanan yang ke 13 bagi United berkunjung ke Villa Park. Anak buah Ten Hag mahu meneruskan momentum setelah menang dua perlawanan berturut-turut.
Namun United gagal beraksi baik dibabak pertama awal permainan. Ianya membangkitkan lawan dengan menguasai permainan.
Dalot telah mengetahui ianya perlawanan sukar tapi mereka juga tidak bermain baik pada permulaan. Ini menyebabkan mereka bolos dua gol awal
“Kami jelas kecewa. Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar, tetapi kami tidak bermula dengan baik.”
“Permulaan separuh masa kedua adalah penentu bagi mereka. Ini adalah pengajaran yang perlu dipelajari. Kami perlu bermula dengan lebih baik. Kami biarkan mereka mendapat keyakinan dalam 15 minit pertama.”
United sempat mendapat semula semangat melawan apabila berjaya mengurangkan defisit dengan satu gol sebelum rehat masa pertama.
Tetapi ianya janji palsu apabila lawan mendapatkan gol ketiga dan membunuh perlawanan..
“Kemudian kami meletakkan kaki kami di atas bola, mengawal dan mencipta peluang. Kami boleh masuk ke bilik persalinan dengan keputusan seri tetapi kami sepatutnya memulakan separuh masa kedua dengan lebih baik. “
“Gol itu memberi kami keyakinan pada separuh masa kedua, tetapi sekali lagi, kami memulakan separuh masa dengan teruk. Kami tidak sepatutnya melepaskan gol ketiga.”
Dalot juga memuji pertahanan lawan yang beraksi sangat hebat menutup segala ruang
“Mereka bertahan dengan baik. Sukar untuk mencari jurang. Kekalahan ini Ia tidak akan mengubah mentaliti kami dan apa yang kami lakukan dalam perlawanan terakhir sebelum ini.”
“Ia tidak akan memadamkannya, tetapi ia sedikit kemunduran. Kami perlu belajar dari hari ini dan melakukan lebih baik dalam perlawanan seterusnya.”
United akan berdepan Aston Villa sekali lagi dalam EFL Cup sebelum berdepan Fulham dalam aksi liga.