Kami perlu fokus kepada perkara kecil dan United berada dilandasan yang betul

0

Raphael Varane yakin pasukan United akan kembali bangkit. Pemain berusia 28 tahun ini merupakan pemain yang sering mengecapi kejayaan ketika bersama pasukan Real Madrd telah berhijrah ke Old Trafford bersama dengan Jadon Sancho dan CR7. Namun segalanya agak suram bagi kem United selepas mencatatkan 3 kekalahan dalam 4 perlawanan. Tewas mengejut dengan 10 orang pemain kepada Young Boys, tersingkir dari Piala Carabao kepada West Ham dan tewas kepada Aston Villa di Old Trafford.

Anak-anak buah Solskjaer akan bangkit dalam perlawanan sukar menentang Villarreal awal pagi esok. Varane di jangka akan mengetuai barisan pertahanan United pada perlawanan tersebut. ‘Apa yang saya dapat perhatikan pada ketika ini, kami mempunyai kualiti yang berbeza pada setiap pemain dalam pasukan. Itu adalah satu potensi yang amat bagus dan saya yakin dengan keadaan tersebut.’

‘Kami sentiasa bekerja keras semasa dalam sesi latihan. Saya yakin kami akan bertambah baik selepas ini. Ini permulaan musim, kami harus lebih positif dengan keadaan sekarang. Dengan adanya kualiti dan pengalaman dalam pasukan ini, Kami percaya kami mampu melakukan dengan baik. Kunci utamanya adalah percaya dengan diri sendiri, bermain dengan cara yang biasa kami main, mempunyai mentaliti untuk mendapatkan kemenangan, percaya dengan potensi yang kita ada dan kita akan berjaya mencapai apa yang kita inginkan.’

‘Semua yang kita atur dan lakukan berada di landasan yang betul. Kita harus fokus kepada perkara yang kecil dan percaya kepada diri sendiri serta mempunyai mentaliti yang positif. Saya yakin setiap kali kami bermain, kami boleh melakukannya. Kami perlu perbaiki sedikit sikap yang biasa yang harus tidak kami perlu lakukan dan kita akan berada di landasan yang betul.’

Kehadiran Varane mungkin masih belum berupaya memperbaiki keadaan pertahanan United dengan kadar yang segera, namun, kualiti kepimpinan yang dia ada amat membantu pasukan.

- Advertisement -