Kami melepaskan peluang

0

Penjaga gol utama United David De Gea telah mencatakan rekod peribadinya dengan mencapai 150 perlawnan tanpa bolos selepas perlawanan menentang Arsenal berakhir dengan tanpa jaringan. Selain itu, pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer telah melbarkan rekod tanpa kalah mereka ketika beraksi di tempat lawan kepada 18 perlawanan tanpa kalah. 13 daripadanya dengan 3 mata penuh manakal bakinya 1 mata.

De Gea dalam perlawanan awal pagi tadi telah menyelamatkan percubaan Emile Smith dan melihat sepakan percuma Lacazette terkena palang gol. Selain itu pemain sayap Arsenal, Pepe kerap melakukan percubaan tetapi De Gea berjaya menutup ruang untuk pemain berkenaan menjaringkan gol.

De Gea berkata, ‘Kami begitu kecewa selepas tamat permainan. Kami layak menang dengan peluang yang kami perolehi menerusi Bruno dan Edinson Cavani. Kami telah melakukan yang terbaik dengan mencipta peluang dihadapan gol tetapi nasib tidak menyebelahi kami untuk mendapatkan 3 mata berharga. Walaupun mereka berjaya menguasi perlawanan pada awal babak kedua, tetapi kami masih berjaya mencipta peluang menerusi serangan balas cuma kami tidak berjaya menjaringkan gol kemenangan. Jika kita mahu menang, kita mesti menjaringkan gol.’

Ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut bagi United gagal mendapatkan kemenangan selepas 3 bulan beraksi dengan cemerlang. De Gea dilihat berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan rakan sepasukan dan dia yakin perlawanan akan datang, United akan mampu mendapatkan 3 mata.

‘Ketika mana anda mencipta peluang untuk menjaringkan gol, bola berkenaan tidak mahu masuk ke dalam gol. Anda tidak mampu berkata apa-apa kerana inilah bola sepak. Kita hanya mampu berusaha dan terus berusaha dengan lebih gigih untuk perlawanan seterusnya.’

- Advertisement -