Manchester United melepasi halangan ke pusingan seterusnya dalam kejohanan Piala FA selepas menjinakkan cabaran Everton di Old Trafford
United melayan Everton untuk pembukaan Piala FA musim ini di Old Trafford selepas beraksi dalam kempen liga pertengahan minggu.
Anak buah Ten Hag dalam prestasi terbaik dan pengurus Everton Frank Lampard dalam keadaan tertekan untuk memberikan hasil yang positif
Namun segalanya tidak kelihatan baik selepas mereka tewas 1-3 di Old Trafford. Gol dijaringkan Antony Marcus Rashford dan dua gol dari pemain Everton iaitu Coady dengan gol penyamaan dan gol sendiri..
Selepas perlawanan Rashford bercakap mengenai persembahannya adalah yang terbaik dalam kariernya ketika ini
“Ini mungkin prestasi menjaringkan gol terbaik yang pernah saya miliki dalam karier saya. Saya berasa baik di atas padang. Saya mempunyai kedudukan dan kawasan yang bagus untuk menjaringkan gol, dan jika kita terus mencipta peluang, saya rasa sekarang saya akan terus menjaringkan gol.”
“Kami mahu berada di final dan kami mahu memenangi trofi. Mudah-mudahan, kita akan mendapat peluang untuk melakukannya. Ia sentiasa menggembirakan untuk mara ke pusingan seterusnya kerana Piala FA adalah pertandingan istimewa untuk dimainkan sebagai pemain.”
Selain itu Rashford juga memberikan kata semangat buat pasukan Everton dengan mereka memberikan saingan yang menarik
“Everton berada di bawah tekanan tetapi saya fikir mereka bermain dengan baik dalam perlawanan ini. Mereka tidak panik selepas bolos begitu awal. Mereka kembali ke dalam permainan dua kali, satu peluang adalah ofsaid. Mereka masih berjuang untuk satu sama lain sebagai satu pasukan. Semoga keadaan menjadi lebih baik untuk mereka.”