Kami akan terus memberi tekanan kepada Man City

0

Kegagalan Manchester United mendapatkan 3 mata penting pada perlawanan malam tadi telah memberikan kedudukan selesa kepada pendahulu liga Man City. Peluang United untuk mendapatkan kejuaraan dilihat begitu tipis sekali selepas gagal mengutip 3 mata dalam perlawanan-perlawanan penting pada sebelum ini. Adakah United masih mempunyai harapan?

United kini 7 mata dibelakang pendahulu liga, Man City yang masih ada 1 perlawanan yang belum dimainkan. Jika Man City berjaya memperoleh kemenangan pada perlawanan tersebut maka 10 mata akan dipisahkan diantara kedudukan pertama dan ke-2. United perlu menang dalam kesemua baki perlawanan disamping mengharapkan Man City tercicir mata di mana-mana perlawanan akan datang.

Sangat mustahil tetapi boleh terjadi. Situasi keadaan ini masih lagi belum membolehkan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mengibarkan bendera putih. Solskjaer masih lagi bersemangant untuk terus memberikan tekanan kepada pasukan Man City.

‘Mari kita fokus pada perlawanan seterusnya dan berikan tekanan kepada Man City. Mereka kini berada dalam kedudukan yang selesa. Kami tidak akan membiarkan mereka terus selesa dengan kdudukan berkenaan.’

Kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada bulan Mac nanti di Stadium Etihad. Mungkin pertembungan ketika itulah yang akan menentukan kejuaraan liga milik siapa. ‘Kami tidak seharusnya berbicara mengenai kejuaraan pada ketika ini. Pujian seharusnya diberikan kepada seluruh pemain dan pegawai kerana berjaya berada pada kedudukan ke-2 ketika ini.’

‘Kami perlu teruskan momentum ini dan memperbaiki kelemahan dan meningkatkan usaha kami. Kami tidak akan membiarkan Man City berada dalam keadaan selesa di puncak liga. Kami akan memastikan gelaran Liga Perdana Inggeris tidak dimiliki oleh mereka dalam masa yang singkat ini.’

- Advertisement -