Buletin Manchester United

Kami-akan-berusaha-dan-bangkit

Kami akan berusaha dan bangkit

Senyuman yang dilemparkan oleh Fred, merupakan senyuman yang penuh dengan kekuatan. Karakternya yang sentiasa ceria sangat sesuai dengan negara asalnya Brazil. Fred seorang pemain yang semangat dan sentiasa positifdan buktinya dia merupakan di antara nadi utama pasukan United dalam memburu gelaran pada musim ini.

Perpindahannya dari Shakthar Donetst bernilai £52 juta di lihat seperti gagal pada musim pertama dia bersama United. Dia menghadapi tekanan dengan nailai harga perpindahan dengan kualiti yang dia ada. Fred sedih mengharungi musim pertamanya bersama United. Namum kehadiran Ole Gunnar Solskjaer ke United telah memberi sinar kepada kariernya ketika bersama United. Hasrat utama Fred adalah membantu United memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris dan juga kembali menyarung jersi kebangsaan Brazil.

‘Pada permulaan kehadiran saya di sini, saya merasakan ada ruang atau benteng yang menyukarkan saya berinteraksi bersama pasukan yang menyebabkan saya merasakan saya seperti keseorangan. Kemungkinan saya kekurangan sokongan atau saya tidak fasih dalam percakapan harian mereka yang menjadi penghalang kepada perkembangan karier saya. Saya tahu resipi utama untuk berjaya ialah, sentiasa berusaha, berlatih dan yang utama ialah tidak membenarkan komen negatif bermain difikiran anda. Mujur saya bukan seorang yang panas baran apabila melihat perkara-perkara seperti itu.’

Kehadiran Bruno Fernandes dari Sporting Lisbon banyak membantu perkembangan Fred. Fred dan Fernandes sentiasa bertukar fikiran  dan dilihat seperti kawan rapat kerana mereka berdua berkomunikasi dalam bahasa yang sesuai. Fernandes membantu Fred menjadi dirinya yang sebenar dan mengembalikan wajah ceria di muka Fred. Dengan sekembalinya prestasi Fred yang semakin serasi dengan corak permainan United, ia sekaligus memberi impak yang positif dalam persaingan sebagai pemain tengah utama dalam pasukan United.

‘Kami semua adalah kawan. Sangat baik apabila semua kawan-kawan mahukan diri mereka dalam kesebelasan utama. Dalam latihan, semua pemain memberikan persembahan terbaik mereka, berusaha bersungguh-sungguh termasuklah diri saya. Sehinggakan pasti di antara kami ini akan berasa kecewa jika tidak dapat bermain sebagai pemain utama kerana semua ingin bermain untuk pasukan dan membantu pasukan.’

Walau bagaimanapun, bukan Fernandes sahaja yang mendapat pujian daripada Fred, Ada seorang lagi pemain antarabangsa Perancis yang kini berada dalam prestasi terbaiknya.

‘Paul Pogba, saya dan lain-lain sentiasa cuba memperbaiki cara permainan kami. Paul sentiasa berkata dia mahu melakukan lebih baik, bermain dalam kesebelasan utama, memenangi perlawanan. Semua perkara itu dipamerkan ketika sesi latihan.  Pasukan United di bawah bimbingan Solskjaer kali ini membariskan kualiti pemain yang kami ada. Pengurus dan ketua kami, Solskjaer sentiasa membantu pasukan, bercakap mengenai kelab yang membolehkan kami sentiasa berfikir kehadapan dan membina keyakinan dalam permainan kami.’

United kini 1 mata di belakang musuh tradisi mereka, Manchester City yang mempunyai 1 perlawanan di tangan. Mereka sebenarnya masih berada di landasan yang tepat untuk memberikan saingan kejuaraan kali ini. Perlawanan menentang Arsenal awal pagi ini pasti akan menjadi perhitungan yang menarik kerana United telah tewas di Old Tradfford sebelum ini. Kekelahan sebelum ini telah menjadi titik permulaan kebangkitan United sehingga mereka berada di kedudukan no 2 liga pada ketika ini.

Fred dalam masa sama, menyatakan hasrat ingin kembali menyarung jersi kebangsaan Brazil selepas dia berada dalam senarai pasukan Brazil ketika kejohanan Piala Dunia 2018 di Russia. Malang buat dirinya, dia gagal membuat sebarang penampilan pada edisi kali itu. Dia telah lama tidak beraksi untuk pasukan kebangsaan dan yang terakhir adalah ketika perlawanan menentang Arab Saudi pada Oktober 2018 pada permulaan kariernya bersama United.

‘Saya ada banyak perkara yang perlu dilakukan. Saya harus memenangi perlawanan, memenangi kejuaraan. Sejujurnya, kami mempunyai pasukan yang baik untuk bermain pada edisi kali ini. Pada musim ini saya dapat jangkakan persaingan sengit untuk merebut kejuaraan liga di samping kami akan fokus dalam saingan Piala FA dan Piala Europa.’