Juventus intai Paul Pogba

0

Pemain bintang Manchester United Paul Pogba sekali lagi di intai oleh pasukan gergasi Itali, Juventus. Wakil dari kelab Juventus ada menyatakan mereka tidak mendapatkan pemain tengah yang baru pada perpindahan Januari disebabkan mempunyai perancangan untuk mendapatkan Paul Pogba pada pakhir musim ini. Laporan juga menyatakan, Paul Pogba merupakan sasaran utama mereka. Selain itu, Houssem Aouar juga ada dalam senarai perancangan tersebut, sebagai alternatif pengganti jika Pogba gagal dimiliki.

Khabar angin ini semakin hangat diperkatakan disebabkan status Pogba kini hanya mempunyai baki 18 bulan kontrak bersama United. Pogba telah berhijrah ke United pada 2016 dengannilai £89.3 juta telah dikaitkan dengan perpindahan semula ke kelab lamanya Juventus. Setetusnya, ada juga dikatakan, United sudi melepaskan Pogba jika Juventus bersedia untuk membuat pertukaran pemain tetapi bukan Aaron Remsey atau Douglas Costa.

Abang kepada Pogba ada memberitahu kepada media, ‘Dia mempunyai baki 1 tahun kontrak, saya tidak tahu jika dia ingin kekal bersama United. Saya tidak dapat memberi sebarang jawapan mengenai keputusan adik saya. Apa yang saya boleh perkatakan, jika United ingin mengukuhkan kewangan mereka, United harus menjualnya sekarang, jika tidak United pasti akan menyesal kerana peristiwa lama akan berlaku kembali. Buat masa sekarang saya tidak dengar mengenai tawaran kontrak baru untuk Pogba.’

- Advertisement -