Jurgen Klopp bersuara

0

Manchester United telah meletakan pemain bertaraf bintang mereka berada di belakang bola sepanjang perlawanan untuk menghalang asakan pemain-pemain Liverpool. Kedua-dua pasukan ini telah berkongsi 1 mata selepas seri tanpa sebarang jaringan di Stadium Anfield baru-baru ini. United terus berada di kelebihan 3 mata di hadapan manakala Liverpool kini berada di tempat ketiga selepas Manchester City mencatatkan kemenangan bergaya ke atas Crystal Palace.

Pengendali Liverpool yang berusia 53 tahun ini berasa tidak senang dengan taktikal bertahan yang diterapkan oleh Ole Gunnar Solskjaer. Dia telah menggelar cara permainan pengurus yang berasal daripada Norway itu, sebagai permainan taktikal terburuk dia hadapi dalam arena bola sepak.

‘Kami bermain bola sepak sebenar, kami mencuba melakukannya dan memaksa mereka berada di dalam kotak penalti mereka. Perkara yang terburuk yang boleh anda hadapi dalam bola sepak ialah bermain dengan pasukan yang mempunyai barisan pemain bertaraf bintang dan bertahan sepanjang masa. Mereka juga akan berkumpul berada di dalam kotak penalti dan melakukan serangan balas sambil mengharapkan kesilapan dari pihak kami.’

‘Ia merupakan sesuatu yang sangat sukar dan cabaran yang perlu kami hadapi.’ jelas Klopp dalam temubual BBC Sport.

Liverpool  yang menguasai perlawanan sepanjang tempoh 90 minit, telah mendominasi pada separuh masa pertama sebelum United mendapat rentak pada 20 minit terakhir perlawanan. David De Gea dilihat tidak menghadapi sebarang masalah di gawang gol United kerana para pemain United berkumpul di dalam kotak penalti untuk menghalang serangan bertali arus pasukan Liverpool.

United telah menggunakan formasi 4231 dan memastikan para pemainnya berada di belakang bola sambil menunggu pasukan Liverpool masuk ke dalam kotak penalti. United berjaya meneruskan kemarau gol trio Liverpool yang diketuai Mo Salah, Sadio Mane dan Robert Firmino. Klopp berkata, ‘Persembahan yang dipamerkan oleh pasukan Liverpool sangat bagus sekali terutama pada separuh masa pertama.’

United dikatakan kemungkinan jatuh di tangga kedua kerana City masih lagi mempunyai baki 1 perlawanan dengan 2 mata di belakang United. United dalam perlawanan menentang Liverpool hanya mampu mengusai 34.3 peratus kawalan bola dalam tempoh 90 minit perlawanan.

United juga telah melepaskan 2 peluang terbaik yang dimiliki oleh Paul Pogba dan Bruno Fernandes selepas Alisson berjaya menyelamatkan keadaan tersebut. Klopp menambah lagi, ‘Saya merasakan apa yang saya bercakap sebelum perlawanan seperti, ‘United kini berada dalam prestasi terbaik mereka, manakala kami pula kini sedang berada dalam keadaan pergelutan untuk mendapatkan gol dalam perlawanan.’ membuatkan saya berasa gembira disebabkan meraka gagal bermain dengan baik pada perlawanan tersebut.’

‘Kami mencuba untuk menembusi pertahanan pasukan United pada separuh masa kedua, tetapi masih lagi gagal. Meraka sangat berbahaya ketika melakukan serangan balas dan saya mengakuinya. ‘Mereka mempunyai 2 peluang terbaik dan saya boleh katakan yang kami juga mempunyai peluang kami pada separuh masa kedua. Nasib tidak menyebelahi kami dalam perlawanan tersebut.’

Sumber daripada TheSun Football

- Advertisement -