Jurgen Klinsmann bandingkan Harry Maguire dengan Lucio

0

Harry Maguire telah kembali beraksi ketika England menang 1-0 ke atas Czech Republik.

Ketua pasukan Manchester United telah kembali dengan aksi terbaiknya, membawa bola ke hadapan dalam membantu rakan sepasukan melancarkan serangan.

Dia telah melakukan banyak hantaran ke dalam kotak penalti lebih dari pemain-pemain lain.

Maguire mempunyai kualiti dalam pertembungan musuh tradisi England dan Jerman pada pusingan 16 terbaik awal pagi esok kata pemenang Piala Dunia 1990 Jurgen Klinsmann.

Klinsmann telah memberitahu The Athletic, dia merasakan cara permainan Maguire sama seperti pemain Brazil Lucio yang juga pemenang Piala Dunia 2002.

Dia telah berkata,”Anda memiliki pemain seperti Maguire, seorang pemain yang suka membawa bola kehadapan menerusi kawasan tengah. Dia mengingatkan saya Lucio pemain pertahanan tengah Brazil, dia dilihat seperti sebuah kereta Mustang yang lari ke hadapan sambil diperhati oleh pemain-pemain lain.”

Yang peliknya, tiada seorang pun yang bersembang mengenai nilai harga perpindahannya ke United yang berjumlah 80 juta pound dan kualiti dia ada sebagai seorang pemain pertahanan tengah.

Walaupun Maguire mempunyai kualiti kawalan bola dan ‘dribble’ yang baik, namun sejak kebelakangan ini, kualiti penyudahnya menerusi ‘set-pieces’ bola di udara nampak kurang menjadi.

Namun begitu dia masih muda dan mempunyai masa untuk memperbaiki perkara tersebut.

Para peminat cukup gembira untuk melihat aksi Maguire yang seperti biasa kembali sejak melihat kekecewaan Manchester United tewas dalam Piala Europa pada musim lepas.

Victor Lindelof atau Eric Bailly tidak mempunyai kualiti seperti Maguire miliki pada ketika perlawanan akhir itu.

Perlawanan England menentang Jerman merupakan ujian penting bagi para pemain England. Jika mereka mencapai kemenangan, laluan ke peringkat akhir akan dilihat berpihak kepada pasukan mereka.

- Advertisement -