Jules Kounde menjadi rebutan

Pasukan perancis dikatakan mempunyai pasukan yang serba lengkap pada kejohanan Piala Eropah kali ni.

0

Manchester United, Chelsea dan Arsenal menyatakan minat untuk mendapatkan tonggak utama pertahanan Sevilla Jules Kounde.

Pemain pertahanan yang berbakat itu kini bernilai 56 juta pound. Pemain berusia 22 thaun ini kini sedang bersama dengan pasukan antarabangsa Perancis bagi persediaan Piala Eropah.

Barcelona juga tidak terlepas dalam persaingan untuk mendapatkan pemain muda ini. Dia telah mempamerkan aksi berkualiti pada saingan La Liga musim ini.

Kounde berkata ketika bersama dengan pasukan Perancis pada baru-baru ini,’Berkenaan dengan masa depan saya, ia asih lagi kabur. Ada kemungkinan saya akan berhijrah ke kelab lain pada musim hadapan.’

‘Tetapi semua ini masih belum pasti lagi. Saya belum membuat sebarang keputusan. Apa yang saya ingin capai adalah bermain dalam kelab yang besar dan memenangi piala dalam karier saya.’

‘Ada kebenaran jika saya perlu berhijrah untuk mencapai hasrat ini , tetapi bukan waktu sekarang. Saya perlu fokus dengan pasukan kebangsaan Perancis pada ketika ini.’

Menurut laporan Mundo Deportivo, Sevilla meletakkan harga 65 – 70 juta pound untuk mana-mana pasukan yang berhasrat mendapatkan pemain tersebut. United dikatakan akan berfikir 2 kali kerana target utama pasukan United pada ketika ini adalam membawa masuk seorang pemain sayap kanan.

Jika United membelanjakan kewangan yang besar untuk pemain pertahanan, maka mereka akan menghadapai masalah untuk membawa masuk pemain sayap atau penyerang yang berkualiti pada musim hadapan.

- Advertisement -