Jude Bellingham dan Tyson Fury memberikan reaksi di atas gol kemenangan dari Lingard

0

Pemain tengah United, Jesse Lingard telah berhadapan minggu yang cukup mencabar baru-baru ini. Selepas mimpi ngeri di Switzerland pada minggu lepas di mana dia telah membuat hantaran bola ke belakang yang membolehkan pemain pasukan lawan menjaringkan gol kemenangan kepada pasukan Young Boys, Lingard kali ini telah memberikan impak kepada kemenangan berharga United pada malam tadi.

Dia mendapat hantaran jauh daripada Matic lalu berjaya mengawal dengan baik masuk ke dalam kotak penalti pasukan lawan dan melepaskan sepakan melencong masuk ke gawang gol. Ia merupakan malam yang cukup hebat bagi Lingard. Namun, Lingard dilihat tidak meraikan gol tersebut dengan bersungguh-sungguh kerana West Ham merupakan pasukan di mana dia berjaya menghidupkan kariernya semula pada separuh musim 20/21.

Lingard merupakan pemain yang cukup popular dikalangan pemain pasukan United dan England. Rakan sepasukannya yang bermain untuk Dortmund, Jude Bellingham telah menyampaikan ucapan tahniah kepada Lingard dengan peristiwa gol kemenangan tersebut.

Screenshot_20210919-204602_Instagram-1024x460

Selain itu, atlit tinju, Tyson Fury juga tidak ketinggalan untuk memberikan kata-kata semangat dengan karakter yang ada pada Lingard. Tyson telah memberikan perumpamaan kepada keadaan Lingard di mana, walaupun dia ditumbuk, dia masih lagi maju ke hadapan.

Tyson Fury merupakan peminat tegar United. Pada tahun 2020, laporan The Metro ada memberitahu yang Solskjaer pernah bercadang untuk menjemput Tyson hadir ke United untuk memberikan kata-kata motivasi kepada para pemain United.

Ia merupakan hari yang cukup istimewa kepada Lingard. Keputusan Solskjaer memasukan Lingard dan Sancho menggantikan Pogba dan Greenwood pada minit ke 70 memberi sedikit sebanyak harapan United untuk mencari gol kemenangan yang pada ketika itu keputusan masih terikat 1-1.

Lingard telah melakukan 15 sentuhan dan melengkapkan 13 hantaran. Lingard kini telah menjaringkan 2 gol dalam 2 perlawanan sebagai pemain gantian. Gol tersebut pasti akan memadamkan memori pada perlawanan sebelum ini.

- Advertisement -