Juan Mata perlu berhijrah untuk beri peluang kepada pemain muda bermain

0

Keputusan mengenai kontrak Juan Mata disambung atau tidak akan diketahui pada hujung bulan ini. Pemain Sepanyol ini akan menjadi ejen bebas selpas kontraknya tamat pada 30 Jun nanti.

Perbincangan sedang dilakukan bersama Mata menurut akhbar Sukan Sepanyol. Mata akan ditawarkan kontrak 1 tahun sambungan.

Kontrak tersebut juga akan mengakibatkan pengurangan gajinya dan meminimumkan peranannya dalam pasukan. Bekas pemain Valencia dan Chelsea itu sedang menilai keputusan tersebut.

Laporan mengenai tawaran kontrak baru kepada Mata ini lebih kepada ihsan kepada pemain tersebut. Adakah United akan menawarkan kontrak baru kepada seorang pemain perancang tengah yang kurang mendapat minit permainan? Oleh yang demikian mengapa perlu sambung kontrak Juan Mata?

Pada musim lepas Mata hanya bermain 6 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris. Pada musim hadapan adakah dia masih lagi berupaya merebut tempat dalam kesebelasan utama?

Jika United lepeaskan khidmat Mata, pastikan peluang untuk Jadon Sancho datang ke United lebih cerah.

Pemain-pemain muda seperti Amad Diallo, Anthony Elanga, Hannibal dan Shola Shoretire pasti akan mendapat minit permainan yang lebih baik.

Setiap kali nama Mata berada di bangku simpanan, ia akan mengurangkan peluang kepada pemain muda untuk berada seabagai salah satu calon pemain gantian.

Pada musim lepas Mata tidak digunakan sebagai pemain gantian dalam 25 perlawanan walaupun dia sebenarnya berada sebagai pemain gantian.

Ole Gunnar Solskjaer suka untuk meletakkan dia dalam senarai pemain gantian, tetapi tidak menggunakannya sebagai pemain gantian. Jadi apa gunanya?

Mata kini berusia 33 tahun dan dia masih boleh bermain. Tetapai dia perlu berhijrah keluar dari United. Jika dia ke Sepanyol dia pasti mendapat minit permainan yang lebih baik. Dia mungkin akan bermain lebih kurang 20 perlawanan pada 1 musim bersama kelab tersebut.

Lupakan nilai perpindahan 37.1 juta pound yang ditangani dari Chelsea. United perlu akur dengan perkara tersebut. United sering kerugian dalam urusan jual beli pemain.

Walau bagaimanapun, Semua pemain sukakan karakter Mata. Tetapi ia tidak membantu perkembangan kepada pasukan United.

Anda boleh liha Matic di tawarkan kontrak 3 tahun pada musim lepas dengan usianya yang menjangkau 33 tahun akan datang. Phil Jones juga masih mempunyai kontrak walaupun dia tidak pernah diturunkan bersama pasukan United sejak sekian lama.

Semua perkara ini dilihat seperti ihsan pengurusan United kepada pemain-pemain tersebut. Ada juga laporan memberitahu yang Mata akan diserapkan dalam sebahagian pegawai kejurulatihan pada masa akan datang.

Perkara ini masih boleh berlaku, beri dia pelepasan untuk bermain sehingga dia bersara. Pasukan United masih lagi boleh menerima bekas para pemain selepas mereka telah bersara. Tidak perlu tawarkan kontrak baru jika dia tidak digunakan dalam pasukan.

Dengan peluang bermain diutmakan kepada para pemain muda, tidak perlu konrtrak Mata disambung. Memang benar pemain berpengalaman akan membantu pemain-pemain muda ini tetapi ia akan menghalang peluang pemain muda untuk bermain dalam pasukan.

Pada musim lepas, Arnau Puigmal telah meninggalkan pasukan United untuk kembali ke Sepanyol selepas mengharui musim bergaya bersama pasukan bawah 23 tahun United di mana dia telah menjaringkan 7 gol dan mencipta 3 assist dalam 12 perlawanan. Adakah dia akan diberikan peluang bermain jika dia mengambil tempat Mata? Mengapa dia meninggalkan United?

Pemain-pemain muda seperti Shoretire, Elanga dan Hannibal telah menandatangi kontrak baru bersama United. Jadi tiada risiko untuk mereka meninggalkan United. Tetapi adakah mereka akan terus menunggu jika peluang untuk mereka bermain adalah begitu minimum?

Sudah sampai masanya Mata berhijrah untuk membuka peluang kepada pemain muda bermain. Jika dia terus kekal bersama United, pasti ia akan rindukan permainan bola sepak.

- Advertisement -