Juan Mata dijangka kekal semusim lagi bersama United

0

Menurut wartawan terkenal dari Italia Fabrizio Romano mendedahkan bahawa pemain tengah veteran Manchester United Juan Mata dikatakan akan kekal bersama United untuk tempoh setahun lagi.

Mata merupakan salah seorang pemain senior dalam pasukan utama United.Pemain dari Sepanyol ini telah bersama The Red Devils selama tujuh tahun, setelah dia dibeli dari Chelsea pada tahun 2014.

Dalam laporan sama Kontrak Mata secara rasminya telah berakhir pada 30 Jun.Sejauh ini belum ada kenyataan rasmi mengenai masa depan pemain ini.

Menurut Romano, Mata mungkin tidak berniat untuk meninggalkan Manchester United.Pemain ini dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani perpanjangan kontrak bersama United.

Laporan Romano mendedahkan bahawa sejauh ini Mata belum membuat keputusan sama ada dia akan kekal atau berpindah namun pemain ini dikatakan mempunyai hasrat untuk kekal di Old Trafford dan 

dilaporkan masih mahu meneruskan kariernya dengan The Red Devils.

Meskipun begitu Mata masih menunggu rancangan Solskjaer untuknya dan dia dikatakan tidak terburu-buru memutuskan masa depannya.

Laporan yang beredar mendakwa bahawa Ole Gunnar Solskjaer mahu Mata kekal di United.

Dia berpendapat playmaker itu masih diperlukan Kerana kemampuan dan visi permainan yang epik dan dia juga dapat mengubah keadaan ketika United memerlukannya.

 

United merancang untuk memberinya kontrak satu tahun dengan pilihan untuk melanjutkan satu tahun lagi.

- Advertisement -