Jual pemain untuk dapatkan dana tambahan

0

Ole Gunnar Solskjaer dikatakan akan melepaskan khidmat pemain simpanannya pada hujung musim ini bagi meningkatkan dana perpindahan mereka pada musim hadapan.

Menurut sumber daripada Metro UK, Juan Mata, Jesse Lingard, Phil Jones dan Diogo Dalot akan ditunjukkan jalan keluar dari United pada perpindahan hujung musim ini dengan hasil gambungan nilai tersebut ada kemungkinan mencecah £60 juta.

Selain itu, Solskjaer dikatakan akan mendapat dana sebanyak £80 juta bagi memperkuatkan pasukan United bagi menghadapi saingan pada musim hadapan. Nilai tersebut dikatakan tidak cukup untuk mendapatkan pemain berkualiti yang diidamkan oleh United.

Seperti pasukan-pasukan lain, United dikatakan juga menghadpi krisis kewangan ketika berhadapan dengan pendemik covid 19 kali ini. Pada perpindahan musim lepas, United telah membelanjakan sebanyak £92.4 juta merangkumi 5 orang pemain baru iaitu, Donny van de Beek (Ajax £40 juta), ALex Telles (Porto £15.4 juta), Facundo Pellistri (Penarol £10 juta), Edinson Cavani (Free) dan Amad Diallo (Atlanta £37 juta).

United berbelanja besar pada musim lepas selepas mereka berjaya menjual Chris Smalling pada harga £18 juta kepada Roma dan melepaskan Alexis Sanchez secara percuma kepada Inter Milan sekaligus menjimatkan kos bayaran gaji Sanchez yang bernilai £560,000 seminggu.

Pada hujung musim ini, Solskjaer perlu buat perkara yang sama bagi membina semula pasukan United bagi menghadapi musim hadapan yang penuh dnegan cabaran. Apa yang dapat kita lihat, United dikatakan akan memperkuatkan posisi di bahagian pertahanan tengah, pemain tengah ‘defensive midfielder’, pemain sayap kanan dan penyerang tengah. Dengan bajet sebanyak £80 juta itu, pasti ia tidak cukup bagus untuk United memburu pemain idaman mereka.

Peningkatan prestasi Lingard dan Dalot telah memberi peluang kepada United untuk melepaskan khidmat kedua-dua pemain ini dengan nilai yang lebih bagus. Dikhabarkan Lingard akan terus kekal di West Ham di bawah kendalian David Moyes. Tetapi West Ham perlu membelanjakan £20 juta untuk mendapatkan khidmatnya secara kekal pada usia 28 tahun.

Dalot telah menyertai AC Milan pada awal musim ini masih mempunyai baki 2 tahun kontrak bersama United. United masih lagi berpeluang menjualnya dengan harga yang tinggi disebabkan prestasi semasa yang bagus pada ketika ini. Selain itu, Mata yang berusia 32 tahun akan menamatkan kontrak pada hujung musim ini. United dikatakan masih boleh mengaktifkan 1 tahun kontrak untuk Mata bagi membuka ruang menjual pemain tersebut dengan harga yang sesuai. Pasukan daripada Itali seperti Juventus, Inter Milan dan ROma dilihat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Sepanyol ini.

Bagi Jones, kariernya bersama United semakin samar kerana dia masih lagi belum mapu membuat sebarang penampilan bersama United sejak 26 Januari 2020. Dia telah mengalami kecederaan yang panjang mengakibatkan dia terus berhat sepanjang musim ini. Jones mempunyai baki 2 tahun kontrak dikatakan boleh dijual dengan harga £10 juta. Kelab seperti Newscastle, Burnley dan West Ham berminat untuk mendapatkan Jones sejak 18 bulan yang lepas.

- Advertisement -