Jose mahukan Dalot

0

Jose Mourinho bersemangat untuk mendapatkan pertahanan kanan United Diogo Dalot untuk Roma pada perpindahan Januari ini. Menurut laporan Calciomercato, Mourinho telah mengenal pasti Dalot merupakan target utama pasukan Roma untuk memperbaiki pilihan pemain bagi posisi pertahanan kanan pasukannya itu.

Dalot mempunyai pengalaman bermain dalam Serie A ketika dipinjamkan selama semusim bersama pasukan AC Milan. Mourinho merupakan pengurus yang membawa masuk Dalot ke United pada Jun 2018. Namun, Mourinho yang dipecat oleh pengurusan United pada bulan Disember pada tahun tersebut selepas Dalot hanya melakukan 6 penampilan bersama United disebabkan masalah kecederaan yang menimpanya.

Dalot kini sudah kembali bersama pasukan United pada musim ini. Dengan Aaron Wan Bissaka masih lagi calon utama posisi pertahanan kanan bagi Solskjaer pada musim ini, peluang untuk Dalot bermain dalam pasukan utama United masih lagi terhad. Pada ketika ini Dalot telah bermain selama 53 minit ketika United menentang Young Boys dalam kejohanan Piala Liga Juara-Juara Eropah dan masuk sebagai pemain gantian dilewat permainan ketika perlawanan menentang Wolves dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 22 tahun ini masih mempunyai baki 2 tahun kontrak bersama Untied. Dia telah melakukan 37 penampilan secara keseluruhan.

- Advertisement -