Jorge Mendes tawarkan Ronaldo kembali ke Old Trafford namun United menolak tawaran itu

0

FB70B21C-3B73-483D-86CC-7AC44B361225

Talksport mendedahkan maklumat yang beredar mengenai khabar angin mengenai masa depan Cristiano Ronaldo.

Menurut sumber tersebut Penyerang Juventus itu juga ditawarkan kepada Manchester United musim panas ini.

Beberapa hari terakhir segala media termasuk peminat bola sepak dunia sibuk membincangkan perpindahan Cristiano Ronaldo.Penyerang berusia 36 tahun itu dilaporkan mahu meninggalkan Juventus musim panas ini.

Dalam masa terdekat Ronaldo telah dikaitkan dengan perpindahan kembali ke England.Dia dikatakan bakal menyertai Manchester City sekaligus akan mengkhianati pasukan lamanya Manchester United.

Talksport mendakwa bahawa Ronaldo tidak hanya ditawarkan kepada City.Manchester United juga diberikan peluang untuk mendapatkan bekas penyerang Portugal itu. 

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes,juga dikatakan menghubungi Manchester United untuk menawarkan pemain ini kepada mereka.

Mendes tahu bahawa United sudah lama ingin membawa Ronaldo kembali.Malah United sentiasa berhubung dengan pemain itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Oleh itu, dia berpendapat Ronaldo berpeluang kembali ke Old Trafford pada musim panas ini.

Tetapi laporan itu mendedahkan bahawa Manchester United tidak berminat untuk mendapatkan kembali Ronaldo ketika ini.

Penyerang itu dinilai terlalu tua.Tidak dinafikan bahawa dia dapat menunjukkan prestasi yang terbaik di EPL sekali lagi.

Ronaldo juga mempunyai permintaan gaji yang sangat besar Jadi United menilai perpindahan Ronaldo tidak akan baik untuk pasukan mereka.

Juventus dilaporkan bersedia untuk mendengarkan tawaran masuk untuk Ronaldo.Mereka dilaporkan telah meletakkan harga senilai £25 juta pound untuk pemain ini.

- Advertisement -