Joel Pereira berhijrah ke RKC Waalwijk

0

Bekas penjaga gol muda United, Joel Pereira telah melengkap perpindahan ke Liga Belanda RKC Waalwijk.

Pereira merupakan salah seorang pemain yang United lepaskan pada akhir bulan Jun 2021 kerana tiada penawaran kontrak baru bagi pemain-pemain ini.

Selain itu, pemain berusia 25 tahun itu telah meninggalkan United disebabkan saingan yang sukar untuk mendapat tempat sebagai penjaga gol dalam pasukan United.

Pereira telah menyertai pasukan RKC Wallwijk yang menduduki kedudukan ke-15 dalam Liga Belanda pada musim lepas.

Frank van Mosselveld, yang juga merupakan Pegawai Direktor pasukan tersebut berkata,”Dengan kehadiran Joel Perira ini, kami dapat membawa masuk seorang penjaga gol yang mempunyai masa depan yang cerah dan juga pengalaman berharga ketika mana dia bersama pasukan United pada sebelum ini.”

“Dia telah berlatih di United bersama dengan penjaga gol terbaik dunia seperti De Gea. Dia juga telah mendapat minit permainan yang bagus sepanjang kariernya pada musim lepas. Di Waalwijk ini, kami akan mengambil peluang untuk membantu dia meningkatkan prestasi semasa dan bersama-sama mencapai tujuan yang realistik kami pada musim baru ini.”

Pereira telah berjaya mendapatkan kelab dalam tempoh yang singkat selepas berpisah dengan United. Ini sekali gus memberi peluang kepada dirinya untuk berlatih bersama pasukan baru itu dan menyesuaikan dengan cara permaianan di Liga Belanda.

Pada musim lepas, Pereira telah dipinjamkan ke Hudddersfield di mana dia lebih menjadi ‘back-up’ seorang penjaga gol. Kemudian dia telah dipinjamkan ke Hearts di mana dia kerap diturunkan dan menjadi faktor pada perpindahan ke kelab barunya pada musim mendatang.

Pereira akan memulakan karier barunya. Dia telah berada di United selama 9 tahun. Pereira telah menandatangai kontrak 1 tahun dengan pilihan untuk terus kekal bersama kelab tersebut pada musim 2022/2023.

Dia pernah bermain di Liga Belanda, England, SCotland, Portugal dan Belgium sepanjang kariernya.

- Advertisement -