Joel Pereira bantu kelab barunya catat kemenangan

0

Joel Pereira telah meninggalkan Manchester United pada musim panas baru ini selepas kontraknya tamat pada hujung bulan Julai yang lepas.

Penjaga gol muda ini mempunyai potensi yang baik pada sautu ketika dulu hilang di tengah-tengah perjalanan disebabkan perkembangan yang kurang memuaskan ketika dia di pinjamkan ke kelab lain untuk beberapa musim yang lepas.

Pada musim lepas, dia telah dipinjamkan ke Huddersfield Town sebagai penjaga gol ke-2, dengan 2 penampilan yang dia berjaya lakukan, 11 jaringan telah dilepaskan. Agak mengejutkan.

Namun segalanya telah berubah pada musim baru ini, Pererira telah memulakan kariernya yang baru di sebuah kelab di Belanda, RKC Waalwijk. Proses perpindahan berjalan lancar.

Liga Erdivisie telah bermula pada minggu lepas dengan pertembungan RKC Waalwijk menentang AZ Alkmaar. Pada musim lepas, AZ Alkmaar telah menduduki tempat ke-3 dengan 71 mata dalam saingan liga manakaka RKC Waalwijk berada du tempat ke-15 dengan 30 mata sahaja, hanya 1 mata menyelamatkan mereka daripada zon penyingkiran.

Perlawanan pembukaan yang sangat bagus bagi Pereira selepas pasukannya telah memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Ia satu keputusan yang mengejutkan. Permulaan yang baik pada awal musim ini.

Penjaga gol yang berasal dari Portugal itu kini berusia 25 tahun memainkan peranan penting di posisi penjaga gol dengan mengekalkan ‘cleen sheet’ pada sepanjang perlawanan tersebut.

Pereira telah membuat 5 ‘saves’, keluar menyelamatkan 2 hantaran lintang dan menafikan 1.76 peluang gol pasukan lawan.

Anda boleh lihat sendiri kepuasan pada wajahnya selepas berjaya membantu pasukannya itu meraikan kemenangan yang cukup bermaknya pada musim baru ini. Untuk makluman Pereira bukan sahaja salah seorang pemain bekas United di sana, Alexander Buttner yang berusia 32 tahun juga bermain bersama Pereira di situ.

- Advertisement -