Jika saya pengurus, saya akan arahkan dia untuk duduk

0

Rio Ferdinand berkata, dia akan mengarahkan CR7 untuk duduk selepas pemain bintang itu berada di kawasan ‘touchline’ menjerit memberikan arahan kepada pemain United ketika United tewas kepada Young Boys baru-baru ini.

CR7 telah menjaringkan gol ke-3 yang dalam penampilan ke-2 bersama pasukan United. CR7 telah memberi kelebihan kepada United untuk gol awal namun disebabkan layangan kad merah kepada Bissaka, United bermain dengan 10 orang. CR7 telah dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Disebabkan semangat yang membara, CR7 tidak takut untuk berdiri bersebelahan dengan Solskjaer ketika memberi arahan kepada pemain-pemain United. Ferdinand tidak bersetuju dengan keadaan tersebut.

‘Jika saya seorang pengurus pasukan, sejujurnya saya akan mengarahkan dia untuk duduk. Saya tahu dia adalah CR7. Dia merupakan seorang yang pemain yang bersemangat, dia mahukan kemenangan, dia dahagakan kemenangan dan dia tidak boleh duduk diam pada keadaan tersebut. Oleh yang demikian itu menyebabkan dia bangun dan berdiri bersebelahan dengan pengurus pasukan menjerit memberikan arahan dan sebagainya. Tetapi perkara sebegini akan menjadi perdebatan kelak.’

CR7 pernah melakukan perkara sedemikian ketika perlawanan akhir Euro 2016 ketika Portugal menentang Perancis.

Rio Ferdinand juga sebenarnya mengharapkan United melakukan serangan untuk mendapatkan gol selepas gol penyamaan pasukan Young Boys. ‘Pada minit ke 72, seharusnya kita memerlukan gol. Namun Solskjaer tidak berfikir mengenai perkara itu. Sebagai pengurus, saya tahu selepas kedudukan 1-1, dengan bermain di tempat lawan, keadaan bermain 10 orang pemain, bermain di permukaan padang ‘artificial’ cukup sekadar 1 mata. Itulah yang dia fikirkan, Dia tidak fikir untuk membawa masuk pemain yang boleh membantu menjaringkan gol.’

Ferdinand berkata Solskjaer pasti akan dipecat jika tidak memenangi sebarang trofi pada musim ini. ‘Kesemua pasukan daripada England telah berjaya memenangi perlawanan mereka. Solskjaer tidak berjaya dan bergelut dengan kemenangan. Dia perlu bangkit dan buktikan yang United merupakan pencabar utama kejuaraan. Dia telah menerima dana perpindahan yang cukup hebat pada awal musim ini.’

- Advertisement -