Buletin Manchester United

Jika-saya-adalah-Van-de-Beek,-saya-juga-tidak-gembira

Jika saya adalah Van de Beek, saya juga tidak gembira

Bruno Fernandes mengakui jika die adalah Donny van de Beek, dia tidak akah gembira dengan situasinya sekarang. Perkara ini berlaku selepas, pemain antarabangsa Belanda ini telah melakukan penampilan dalam kesebelasan utama ketika United menentang Liverpool. Bruno direhatkan pada permulaan permainan tetapi dibawa masuk sebagai pemain gantian serta telah menjaringkan gol kemenangan bagi United dengan kejayaan 3-2 dalam perlawanan Piala FA baru-baru ini.

Pemain antarabangsa Portugal ini telah memuji peranan yang dipamerkan Donny pada separuh masa pertama. Bruno dalam temubual bersama MUTV,’Donny telah bermain dengan baik. Dia bermain di posisi saya main, saya melihat, pergerakan dan hantaran pantas yang dilakukannya amat berharga. Ini penting buat kami.’

‘Jika saya berada pada situasi Donny, saya tidak akan gembira secara keseluruhannya tetapi apa yang penting, dia telah memainkan peranan apa yang perlu dia lakukan untuk membantu pasukan. Kami mempunyai pasukan yang lengkap dan mempunyai pelbagai pilihan pemain. Jika anda boleh lihat dibangku simpanan, yang bermain di atas padang, yang ada dirumah, semuanya berkualiti untuk pasukan. Jadi, ia tidak akan menjadi masalah kepada pasukan jika pengurus ingin melakukan pertukaran pemain disebabkan keletihan kerana kami benar-benar mempunyai pemain yang berkualiti.’

Donny yang telah melengkapkan perpindahan ke United dengan nilai £39 juta dari pasukan Ajax mempunyai peranan yang terhad disebabkan prestasi yang konsistem dipamerkan oleh Bruno dan Pogba ketika digandingkan di bahagian tengah United. Donny hanya mampu melakukan 10 penampilan dalam kesebelasan utama dari 22 penampilan keseluruhan pada musim ini serta 1 gol ketika menentang Crystal Palace pada penampilan pertamanya.

United kini berada di puncak Liga Perdana Inggeris akan melangkah ke pusingan seterusnya bagi Piala FA dan akan menentang West Ham untuk misi kejuaraan berganda. Selepas ditunjukkan jalan keluar pada saingan Liga Juara-Juara Eropah, United akan menghadapai saingan Piala Europa pada bulan hadapan. Bruno di antara pemain yang dahagakan kejuaraan berkata, ‘Semua pertandingan yang kami lalui sangat penting bagi kami. Kami perlu bermain baik dalam setiap perlawanan dan misi utama adalah menang dalam perlawanan tersebut.’