Jika Dalot berjaya bermain seperti perlawanan sebelum ini, dia mampu menggugat posisi Wan-Bissaka

0

Aksi Diogo Dalot semasa menentang Young Boys mekar menjadi bualan peminat United. Pemain pertahanan ‘full-back’ United ini telah melakukan penampilan pertamanya pada 2018 selepas melengkapkan perpindahan 19 juta pound. Perlawanan baru-baru ini dia berjaya bermain selama 60 minit permainan. Ia merupakan detik indah buat pemain ini.

Nama Dalot disebut-sebut akan berada dalam kesebelasan utama United dalam perlawanan pertama Piala Liga Juara-Juara Eropah tersebut namun tidak berlaku. Solskjaer lebih cenderung untuk menurunkan Bissaka. Namun pada pada minit 30 lebih permainan Bissaka telah dilayangkan kad merah disebabkan terjahan keras ke atas pemain turan rumah. Dalot telah masuk menggantikan Sancho bagi mengisi kekosongan pertahanan kanan United.

Dalot telah dipinjamkan ke AC Milan pada musim lepas telah mendapat peluang untuk mempamerkan sesuatu walaupun dia dijangka akan berhadapan dengan tekanan ketika pasukan tuan rumah bermain dengan lebih seorang pemain. Pemain berusia 22 tahun ini berjaya mempamerkan kualiti pertahanan yang mantap dengan menghentikan asakan daripada pemain sayap pasukan lawan daripada membuat hantaran ke dalam kotak penalti United.

Dalot sentiasa memberi tekanan kepada pemain lawan tanpa melakukan kekasaran ‘jockey’ dan kembali semula ke posisinya bagi mengekalkan ‘shape’ barisan pertahanan United. Dalot yang kita kenali gemar naik ke atas membantu bahagian serangan. Namun dalam perlawanan tersebut ia tidak berlaku. Dia telah melakukan 6 ‘tackles’ dan yang tertinggi dikalangan semua pemain United dan membuat 5 ‘Clearance’.

Aksi Dalot

Dalot pasti mendapat peluang untuk bermain untuk beberapa perlawanan selepas ini selepas apa yang berlaku kepada Bissaka. Dia berkemungkinan akan bermain dalam Piala Carabao menentang West Ham bagi persediaan United menentang Villarreal pada minggu selepas itu. Jika Dalot berjaya mengekalkan kualiti pertahanan yang dia pamerkan seperti perlawanan sebelum ini, dia mampu mengambil tempat Bissaka kelak. Dalot mempunyai kualiti dalam membantu bahagian serangan United.

- Advertisement -