Jika anda ada CR7 dalam pasukan, anda pasti akan ada peluang untuk menang

0

CR7 telah mencapai rekod peribadinya tersendiri ketika mana meraikan jaringan kemenangan kepada United di Old Trafford dalam Piala Juara-Juara Eropah awal pagi tadi. Pada perlawanan tersebut, CR7 telah merekodkan 178 penampilan dalam kejohanan tersebut dengan 136 gol termasuk gol ketika United menang 2-1 ke atas Villarreal di minit kecederaan.

Pasukan daripada Sepanyol itu hampir memberikan derita yang pedih kepada United selepas berjaya mendapat gol pendahuluan sebelum Alex Telles memberi kelegaan kepada para peminat dengan gol penyamaan ‘volley’ yang cantik.

‘Apabila anda mempunyai pemain seperti CR7 di atas padang, anda pasti akan ada peluang untuk mencapai kemenangan. Dia sangat istimewa ketika berada di dalam kotak penalti. Dia mempunyai pengaruh yang amat besar untuk pasukan, peminat dan kelab ini sendiri.’

‘Dia telah lakukan banyak kali. Kita pernah lihat yang terbaru ketika gol kemenangan Portugal ke atas Ireland. Walaupun dia gagal menyempurnakan sepakan penalti pada awal permainan dan dia tidak banyak mendapat bola, namun 2 tandukan yang dia lakukan di minit akhir perlawanan mengubah segalanya. Sejarah telah buktikan yang dia pernah lakukan dalam kariernya pada sebelum ini.’

‘Dia bermain 90 minit permainan bersama kami. Saya sentiasa memerhati kepada permainannya sepanjang perlawanan. Bagaimana dia berusaha mendapatkan peluang untuk menjaringkan gol, dan apabila peluang itu muncul dia berjaya menjaringkan gol tersebut. Saya akui dia ada beberapa peluang lain yang boleh memberikan gol kepada kami, namun saya kepercayaan kami kepada kualiti penyudah yang dia ada amat berbaloi.’

- Advertisement -