Berita Terkini

Jesse Lingard teruja dengan kepulangan ke Old Trafford menentang bekas rakan sepasukan

95B7320A-3748-4135-AAF8-B205AADC9FC8

Piala Dunia sudah semakin hampir menutup tirainya. Jadi ini menandakan juga kempen untuk liga di Eropah akan kembali dimainkan semula.

United akan membuka tirai berdepan Burnley dalam kejohanan Piala Carabao. Para pemain yang bermain di Piala Dunia akan kembali untuk mempersiapkan semula skuad.

Dan selepas itu, United akan menghadapi Nottingham Forest dalam kempen liga. Disini United akan menentang bekas pemain Jesse Lingard dalam perlawanan tersebut

Bagi Jesse Lingard, dia tidak sabar untuk kembali ke Old Trafford untuk menentang bekas rakan sepasukannya..

Bercakap kepada Athletic, Lingard berkata:

“Saya teruja untuk kembali ke Old Trafford. Saya akan pergi ke sana kerana mahu menang – itu adalah perkara yang paling penting. la akan menjadi emosi di satu pihak.”

“Tetapi kami mempunyai tugas yang perlu dilakukan, jika kami boleh mendapat tiga mata, itu adalah perkara paling penting. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan ramai orang selepas perlawanan. Tetapi saya mahu melakukannya selepas menang.”

Lain-Lain Artikel

Jersi Terbaru Manchester United

Lain-Lain Artikel

Galeri Gambar