Jesse Lingard dedikasi gol beliau menentang Andorra untuk kepulangan Ronaldo

0

Jesse Lingard telah menjelaskan mengapa beliau bertekad untuk menggabungkan meraikan gol beliau seperti ‘trademark’ Cristiano Ronaldo, setelah pemain tengah menyerang Manchester United itu menjaringkan gol untuk England menentang Andorra.

Dua gol dan satu bantuan gol Jesse Lingard memastikan skuad kebangsaan Three Lions merakam kemenangan selesa 4-0 ke atas Andorra dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 zon UEFA (Kumpulan I). Dua lagi pemain United, Harry Maguire dan Luke Shaw hanya memanaskan bangku simpanan.

E-inPDJWQAARsku

Dengan kemenangan itu, England kini mencatatkan 5 kemenangan dalam 5 perlawanan untuk selesa menerajui kumpulan I dengan 15 mata.

Lingard turut menjawab pertanyaan dengan gaya beliau meraikan golnya dengan ‘trademark’ Cristiano Ronaldo: “Saya dan Mason [Mount] telah memikirkan bagaimana untuk meraikan jaringan minggu ini dan kami bersetuju untuk menggabungkan cara saya meraikan gol dengan gaya Cristiano [Ronaldo] dan saya mengatakan saya akan melakukannya sekiranya saya berjaya (menjaringkan gol). Ini sedikit hadiah selamat datang untuknya. ”

E-iPmfuWQAov3ii

Gol-gol Jesse Lingard awal pagi tadi itu adalah gol untuk skuad kebangsaan England terkini sejak kali terakhir menjaringkan gol untuk Three Lions hanya pada 18 November 2018 menentang Croatia dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA. Dalam 16 penampilan beliau sebelum ini, beliau hanya menjaringkan dua gol untuk England.

- Advertisement -