Jesse Lingard berkemungkinan tidak akan bersama pasukan West Ham untuk musim hadapan

Lingard telah menjaringkan 9 gol dalam 15 penampilan

0 567

Jesse Lingard telah memberitahu yang dia berkemungkinan tidak akan kekal bersama West Ham selepas tamat kontrak pinjaman bersama pasukan itu.

Pemain tengah Man United itu telah beraksi dengan cemerlang sejak menyertai West Ham secara pinjaman dengan menjaringkan 9 gol dalam 15 perlawanan.

David Moyes tidak menafikan yang dia berminat untuk meneruskan kerjasama bersama Lingard di West Ham dengan membuat tawaran secara tetap pada akhir musim ini tetapi berkemungkinan akan menerima saingan daripada kelab-kelab lain.

Lingard telah bercakap ketika temubual di laman web rasmi West Ham yang dia akan sentiasa mengingati kenangan dan pengalaman berharga dia ketika bermain bersama pasukan West Ham pada musim ini. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

‘Sudah tentu 100 peratus saya sangat gembira dengan permainan saya di sini. Saya telah berjumpa dengan rakan-rakan yang baru dan mereka semua sentiasa memberi sokongan terhadap diri saya. Ia merupakan kenangan terbaik pada saya.’

Lingard berjaya menghidupkan kariernya semula selepas dipinggirkan bersama pasukan United sejak kehadiran Bruno Fernandes. Apabila ditanya mengenai perjalanan kariernya secara pinjaman di West Ham berjalan dengan begitu baik.

‘Mereka telah memberikan kepercayaan yang penuh dengan apa yang saya ada. Mereka sentiasa memberi nasihat dan idea yang membolehkan saya begitu semangat untuk bermain semula setelah lama memanaskan bangku simpanan.’

Lingard telah membantu West Ham mendapat tempat ke kejohanan Piala Europa pada musim hadapan selepas menang 3-0 ketika menentang Southampton. West Ham berada dikedudukan ke-6 liga mengatasi Spurs dan Arsenal.