Buletin Manchester United

Jesse Lingard bantu West Ham berada di kedudukan 4 teratas

Jesse Lingard bantu West Ham berada di kedudukan 4 teratas

Tidak banyak yang berpendapat bahawa Jesse Lingard merupakan pemain yang berkualiti yang United ada walaupun berada sebagai status sebagai pemain simpanan di United sejak kehadiran Solskjaer mengambil alih pengurusan. Lingard telah membuktikan kariernya kembali bersinar ketika dia dipinjamkan ke West Ham United pada perpindahan Liga Perdana Inggeris pada bulan Januari lepas.

Tetapi sejak perpindahan itu, Jesse Lingard telah membuktikan dirinya sebagai watak utama yang penting dalam pasukan West Ham. Bukan hanya itu, dia kini menjadi salah satu pemain dengan berprestasi terbaik dalam Liga Perdana Inggeris pada ketika ini.

Jesse Lingard terbaru sekali telah memberikan sumbangan besar ketika West Ham mengalahkan Wolves dengan jaringan 3-2 dalam Liga Perdana Inggeris baru-baru ini. Dia tidak hanya menjaringkan gol cantik melalui larian solo tetapi dia juga membantu merencanakan dua gol lain yang dijaringkan oleh pemain West Ham dalam perlawanan tersebut.

Jesse Lingard kini telah menjaringkan enam gol dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama West Ham. Dua daripadanya merupakan gol dari penampilan pertamanya bersama West Ham. Kariernya yang suram bersama United telah kembali berputik. Kini dia telah kembali ke skuad England untuk persediaan Piala Eropah 2020 pada bulan Jun.

David Moyes mengakui bahawa dia sama sekali tidak terkejut melihat persembahan Jesse Lingard dengan begitu baik sejak tiba pada Januari 2021. Tentunya kehadiran Jesse Lingard akan menjadi kunci untuk membantu West Ham bertahan di empat teratas dan bermain di Liga Juara-Juara pada musim depan.