Jelmaan Roberto Carlos

0 42

Pemain pertahanan Manchester United, Luke Shaw menjawab anggapan bahawa dia berada di tahap yang sama seperti lagenda Brazil, Roberto Carlos. Dia mengakui bahawa dia merasa teruja untuk disamakan dengan salah satu pemain pertahanan terbaik di dunia itu.

Musim ini Shaw boleh dikatakan sebagai salah seorang pemain terbaik Manchester United. Dia bukan sahaja mampu bertahan dengan baik tetapi dia juga aktif membantu serangan dan sering mencipta peluang yang baik untuk barisan penyerang United.

Berikutan prestasi yang baik tersebut, banyak peminat United telah mula membuat perbandingan mengenai pemain pertahanan itu. Shaw sering dibandingkan dengan bek kiri legenda dunia, Roberto Carlos. Ketika diminta memberikan respons mengenai perbandingan, ini adalah tanggapan Shaw. “Sejujurnya, saya telah melihat perkara itu di media sosial,” kata Shaw.

Shaw mengatakan bahawa dia terpengaruh dengan perbandingan yang diperkatakan oleh peminat di media sosial. Dia mengatakan bahawa rakan-rakannya sering menggodanya dengan nama pemain lagenda tersebut.

“Kadang-kadang dalam perbualan dengan rakan sepasukan, mereka sering memperlihatkan saya komen tersebut dan saya hanya mampu ketada dan tersenyum apabila membacanya.”

Shaw sendiri merasakan ia suatu penghargaan apabila dibandingkan dengan pemain pertahanan legenda seperti Roberto Carlos. Tetapi dia mengatakan bahawa dia tidak layak untuk disamakan dengan pemain hebat seperti Roberto Carlos.

“Saya merasa senang dibandingkan dengan pemain seperti dia [Roberto Carlos], tetapi saya hanya mampu tersenyum mengenai perkara tersebut. Saya tidak dapat dibandingkan dengannya, kerana dia adalah pemain yang luar biasa.” katanya.