Jaringan jarak jauh Bebe

Bebe merupakan seorang pemain yang paling teruk pernah di bawa masuk pada era Sir Alex Ferguson.

0

Bebe merupakan seorang pemain yang paling teruk pernah di bawa masuk pada era Sir Alex Ferguson. Tahun 2010, SAF telah membawa masuk Bebe dari sebuah kelab berpengkalan di Portugal, Vitoria dengan nilai 7 juta pound.

Menurut laporan, Bebe tidak pernah beraksi dalam kesebelasan utama sebelum hadir ke United. Tetapi di dikatakan mempunyai bakat yang terpendam.

Namun bakat tersebut tidak mencapai kepada kualiti seorang pemain United. Dia berjaya menjaringkan 2 gol dalam 7 penampilannya ketika bersama United.

Apabila usianya 30 tahun, Bebe masihaktif bermain bola sebagai pemain profesional di Liga Sepanyol Divisyen 2.

Baru-baru ini, Bebe telah menjaringkan 2 gol sekaligus meningkatkan motivasi pasukannya itu yang berada dalam misi kembali ke La Liga.

Gol kedua itu terhasil menerusi sepakan percuma yang merupakan gol tercantik dalam kariernya. Ia lebih baik daripada jaringan gol ketika dia di United.

Sejak meninggalkan United, dia telah dipinjamkan ke Turkey dan kembali ke Portugal. Kariernya ada turun naik sejak meninggalkan United. Perpindahannya ke United merupakan satu kegagalan yang sangat besar.

Dia juga pernah mengalami 2 kecederaan ACL yang begitu teruk. Dia ke Benfica dan kemudiannya dipinjamkan ke Pacos de Ferreira di mana di situ dia berjaya menjaringkan 14 gol. Namum sekembalinya ke Benfica, kariernya serba tidak menjadi.

Dia telah berada di Sepanyol hampir 5 tahun dan bermain untuk pasukan Eibar dan Rayo Vallecano. Gol baru-baru ini merupakan gol ke 7 dalam musim ini. Dengan kejayaan tersebut dia berharap dapat membantu pasukannya layak naik ke La Liga.

Namun kontraknya bakal berkahir pada hujung musim ini dan berkemungkinan dia akan menyertai pasukan daripada Liga Sepnyol DIveisyen 2 yang lain.

Ia merupakan sesutau yang sangat bagus kerana kariernya sebagai seorang pemain profesional masih berjalan. Walaupun dia gagal di United, dia membuktikan dia sentiasa berusaha untuk menjadi pemain bola sepak yang bagus.

Jika pasukannya itu berjaya layak ke La Liga, dan kontraknya disambung, maka peluangnya bermain dengan pemain bintang Barcelona, Real Madrid dan Atletico Madrid akan menjadi realiti. Teruskan usaha BEBE !!!

- Advertisement -