Buletin Manchester United

Jaringan-Bruno-tidak-cukup-untuk-bantu-United-kutip-3-mata

Jaringan Bruno tidak cukup untuk bantu United kutip 3 mata

Manchester United sekadar berpuas hati mengutip 1 mata pada perlawanan malam tadi menentang West Brom yang berkesudahan 1-1 di Stadium The Hawthorns. United pada mulanya dikejutkan dengan gol awal pasukan pelawat hasil jaringan Mbaye Diagne. De Gea gagal menyelamatkan tandukan Mbaye Diagne ketika perlawanan baru 83 saat permainan.

Gol itu merupakan gol penampilan pertamanya sejak menyertai West Brom secara pinjaman daripada pasukan Galatasaray. Selain itu gol diantara gol terawal yang berjaya di hasilkan West Brom sejak Februari 2015 yang pernah dilakukan Saido Berahino pada 72 saat permainan. Dan untuk United, itu adalah gol terpantas yang pernah dilakukan oleh pihak lawan ke atas pasukan United.

Namun selepas pada itu, United melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kubu pasukan lawan dan berjaya memperolehi gol penyaman sebelum separuh masa pertama. Jaringan penyamaan United di jaringkan oleh Bruno Fernandes. Bruno menyepak masuk tendangan akrobatiknya hasil hantaran silang daripada Luke Shaw. Sejak Bruno membuat penampilan bersama United, hanya Lionel Messi dan Robert Lewandowski yang berjaya menjaringkan gol lebih daripada jumlah jaringan Bruno pada ketika ini.

Dengan 1 mata yang berjaya dikutip di tempat lawan ini, United berjaya merampas kembali kedudukan no 2 liga tetapi masih berkongsi mata dengan pasukan Leicester cuma United mempunyai kelebihan perbezaan jaringan gol. Sementara itu, pasukan West Brom masih lagi berada di zon penyingkiran liga. West Brom kini mengutip 13 mata selepas 24 perlawanan.

West Brom hampir menghukum kealphaan barisan pertahanan United pada minit ke 78 di mana Diagne yang berhadapan 1 lawan 1 dengan De Gea. De Gea menyelamatkan 2 kali percubaan Diagne dalam situasi tersebut. United yang menyerang sepanjang perlawanan hampir menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan di mana tandukan Maguire berjaya dikuis Johnstone lalu terkena tiang dan keluar. Maguire kelihatan begitu kecewa kerana tidak berjaya menjaringkan gol berkenaan.

Hero yang tidak didendang, Luke Shaw merupakan watak penting dalam melancarkan serangan pada malam tadi. Dia begitu bertenaga ketika membantu membuat serangan daripada sebelah kiri permainan. Hasilnya dia berjaya mencipta 1 peluang gol kepada Bruno Fernandes. Ini merupakan peluang gol ke-4 yang dihasilkan oleh Luke Shaw dalam 3 perlawanan sebelum ini. Shaw sedang berada pada tahap kemuncaknya pada ketika ini. Pengurus pasukan England, Gareth Southgate pasti akan menyenaraikan Luke Shaw dalam pasukan England untuk perlawanan seterusnya nanti.