Buletin Manchester United

D62A016C-7069-4D8F-808C-A76A8402C028

Januzaj berminat kembali ke Old Trafford

Bekas graduan akademi Manchester United Adnan Januzaj mendedahkan rancangan yang berkaitan dengan masa depannya.Pemain dari Belgium ini mengakui bahawa dirinya tidak menolak untuk kembali ke Manchester United.

Sejak tahun lalu, Manchester United dilaporkan telah mencari pemain sayap kanan baru.Ole Gunnar Solskjaer sangat memerlukan pemain sayap kanan baru yang dapat menghidupkan barisan serangannya.

Manchester United sebenarnya mempunyai satu pilihan untuk posisi sayap kanan ini dimana dalam perjanjian perpindahan pemain ini mereka telah meletakkan klausa beli balik untuk Adnan Januzaj.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh MEN,pemain ini mengakui sangat merindui suasana di Old Trafford dan ingin kembali bermain disana jika berkesempatan.

“Dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku,” kata Januzaj kepada Manchester Evening News.

“Ketika ini untuk diri sendiri,saya merasa berada dalam prestasi terbaik dalam karier saya.Saya menikmati bermain di sini [Sociedad] dan kami akan melihat apa yang akan berlaku pada masa depan saya.”

Kontrak Januzaj di Sociedad akan berakhir pada tahun 2022. Pemain sayap itu mengatakan bahawa ketika ini dia belum membuat keputusan sama ada mahu berpindah atau melanjutkan kariernya di Sepanyol.

“Buat masa ini saya masih gembira bermain di kelab ini.Saya masih mempunyai kontrak satu tahun lagi, jadi ada banyak perkara yang boleh berlaku.”

“Sama ada saya pergi atau kekal, satu perkara yang penting ketika ini adalah saya sangat gembira ketika ini, dan itu adalah sesuatu yang penting buat saya.”