Buletin Manchester United

Jangan-sombong-!!!

Jangan sombong !!!

Paul Pogba mengingatkan para pemain United, kata-kata angkuh boleh mengakibatkan kita akan terlepas peluang kejuaraan liga. Pogba 27 tahun berkata,’Kita tidak boleh sombong, kita memang bangga dengan kedudukan kita sekarang, tetapi kita masih belum mendapatkan lagi kejuaraan liga.’

Pendahulu liga, United kini mendahului manchester City dengan 2 mata di hadapan selepas United berjaya menewaskan Fulham 2-1 selepas ketinggalan 1-0 di awal babak permainan. City masih lagi mempunyai baki 1 perlawanan berpeluang untuk memintas kedudukan United.

‘Kami mahukan lebih dan lebih lagi kejayaan. Rasa kegembiraan hari ini tidak cukup, perjalanan kejuaraan masih lagi jauh. Kita hendak sentiasa berasa rendah diri. Kita masih lagi belum memenangi apa-apa piala. Sudah tentu, musim ini lebih baik dari musim lepas. Sangat sukar untuk mendapatkan kedudukan United seperti ini, dan lebih sukar lagi untuk mempertahankan kedudukan sebagai pendahulu liga.’

Kemenangan United di stadium Craven Cottage memberikan United kemenangan ketujuh selepas ketinggalan menerusi jaringan awal pada permulaan permaianan. Kapten pasukan United ada berkata,’Kami percaya kami mampu mendapatkan 3 mata berharga dalam sebarang apa jua situasi. 2 tahn lepas, anda pernah berkata kami tidak mampu bersaing dengan mendapatkan kejuaraan liga. Dan pada tahun ini kami telah lakukannya. Para pemain percaya kami boleh melakukannya dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejuaraan piala pada musim ini.’

Dalam pada itu, Pogba telah memuji rakan sepasukannya, Edinson Cavani selepas berjaya menjaringkan gol penyamaan United. ‘Edi merupakan seorang pemain penyerang bertaraf dunia. Perkara yang paling sukar ialah menjaringkan gol. Kami mempunyai ramai pemain yang berkualiti seperti Anthony Martial, Marus Rasford dan Mason Greenwood. Tetapi pengalaman yang ada pada Edi, membezakan kualiti di antara pemain-pemain ini.’

Seterusnya United akan bertemu Liverpool untuk perlawnan Piala FA dalam selepas kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan 0-0. Pogba berkata, ‘Lupakan kejayaan perlawanan menentang Fulham. Kita perlu fokus untuk perlawanan seterusnya.’

Sumber dari TheSun Football