James menyinar ketika bantu Wales catat kemenangan

0

Danial James meraikan kejayaan pertamanya dalam kejohanan Euro selepas membantu Wales membenam cabaran Turkey.

Wales telah mencatatkan kemenangan 2-0 selepas Aaron Ramsey menjaringkan gol pembukaan pada separuh masa pertama. Wales berpeluang untuk menjarakkan kedudukan menerusi sepakan penalti tetapi gagal disempurnakan oleh bintang Real Madrid Gareth Bale. Gol kedua Wales munjul pada minit-terakhir perlawanan menerusi Connor Roberts.

Pemain sayap Man Utd, James seharusnya ditugaskan mengambil sepakan penalti yang telah gagal disempurnakan oleh Bale. DIa yang sebelum ini berjaya melakukan sepakan penalti ketika perlawanan akhir Piala Europa bersama United.

Wales sekarang telah mengutip 4 mata daripada 2 perlawanan. Mereka kini berada dikedudukan yang baik untuk layak ke peringkat seterusnya. Mereka harus sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri ketika bertemu Itali pada perlawanan akhir.

Aksi James pada perlawanan malam tadi begitu baik. Dia sentiasa menjadi ancaman kepada pasukan lawan. Dia telah mencipta 4 peluang kepada rakan sepasukan manakala Bale 5.

Permain ‘full-back’ pasukan Turkey kelihatan begitu sukar untuk mengawal pergerakan James. James berjaya membuat 3 ‘dribbles’ melepasi pihak lawan.

James telah mencatatkan kelajuan terpantas dengan 33.5km/jam dan ia merupakan kedua tertinggi di belakang pemain Itali Leonardo Spinazzola.

Kedua-dua pemain ini akan bertembung pada perlawanan akhir. Mereka berdua mempunyai kepantasan larian. Ia sesuatu yang menarik untuk disaksikan bagaimana James mengatasi kepantasan pemain Itali tersebut.

Persembahan James telah mendapat reaksi positif daripada peminat-peminat United.

- Advertisement -