James, McTominay Kembali Ke Kem Latihan United

0

Manchester United dalam persediaan menghadapi perlawanan kedua menentang Queens Park Rangers dalam pra-musim 2021/2022.

Daniel James Dan Scott McTominay yang telah bersama-sama dengna pasukan kebangsaan masing-masing dalam Euro 2020 kini kembali ke kem latihan United.

Tahith Chong dan Nathan Bishop masih lagi bersama skuad United sebelum bergerak ke kelab pinjaman masing-masing.

Berikut merupakan skuad yang ada dalam kem latihan ketika ini:

Penjaga Gol: Nathan Bishop, Lee Grant, Tom Heaton, Matej Kovar.

Pertahanan: Di’Shon Bernard, Will Fish, Teden Mengi, Alex Telles, Axel Tuanzebe, Aaaron Wan-Bissaka, Brandon Williams.

Pemain Tengah: Andreas Pereira, Ethan Galbraith, James Garner, Hannibal, Daniel James, Dylan Levitt, Jesse Lingard, Juan Mata, Nemanja Matic, Scott McTominay, Facundo Pellistri.

Penyerang: Tahith Chong, Anthony Elanga, Mason Greenwood, Joe Hugill, Shola Shoretire.

Siapa Yang Belum Lapor Diri?

Pemain yang tidak terlibat dengan Euro 2020 tetapi belum pulih dari kecederaan ialah Anthony Martial.

Donny van de Beek juga belum lagi pulih dari kecederaan pangkal peha yang dialami sebelum Euro 2020. Dean Henderson juga belum lagi tersenarai dalam skuad pra-musim walaupun dia kelihatan di tempat latihan. Hal ini kerana dia masih mengalami kecederaan pinggul.

Paul Pogba, Bruno Fernandes, Diogo Dalot, Dean Henderson, David de Gea, Harry Maguire, Luke Shaw, Marcus Rashford, Jadon Sancho, Fred dan Edinson Cavani akan memulakan latihan pada penghujung Julai dan awal Ogos 2021.

Bercakap kepada laman sesawang Manchester United, Solskjaer berkata “Pra-musim kali ini adalah untuk para pemian muda menunjukkan kebolehan dan pemain senior menerajui pasukan. Begitu juga dengan kehadiran pemain baru yang akan memberikan kebaikan kepada pasukan.

“Kita kena keluarkan personaliti pemain-pemain ini. Kami mahukan mereka yakin dengan diri sendiri. Mereka merupakan pemain yang baik dan perlu ada keyakinan untuk bermain dalam pasukan utama nanti,” kata Solskjaer lagi.

- Advertisement -