James Garner ikuti jejak langkah Conor Gallager dan Oliver Skipp

0

Pemain muda Manchester United, James Garner telah memberikan aksi terbaiknya bersama skuad England Bawah-20 tahun selepas membantu pasukan tersebut menang 2-0 ke atas Kosovo. Garner yang kini dalam tempoh pinjaman bersama Nottingham Forest telah beraksi di bahagian tengah bersama Oliver Skipp dan Conor Gallagher.

Garner yang berusia 20 tahun sepatutnya dapat membuat penampilan pertama dalam perlawanan menentang Romania tetapi perlawanan tersebut dibatalkan kerana 2 orang pemain England positif Covid-19. Garner diberikan peranan bermain di bahagian kiri dan kebanyakan aksinya berada di hadapan Gallagher dan Skipp. Dia boleh bermain dengan baik dan kelihatan rajin dalam permainannya.

Dalam perlawanan tersebut, dia mendapat 102 sentuhan bola dan berjaya menghantar sebanyak 72 dari 89 hantaran ke pemain lain. Dia juga berjaya mendapat satu ‘shot on target’, 4 bentesan dan 2 ‘clearances’ yang mana melebihi pemain lain dalam skuad England.

Garner bermain bersama-sama Conor Gallagher dan Oliver Skipp yang kini bersama di Liga Perdana Inggeris. Garner yang kini bermain bersama Nottingham Forest yang berada di Liga Liga Championship perlu bermain dengan baik supaya dapat memberikan aksi yang cemerlang pada masa akan datang jika mahu bermain dalam Liga Perdana Inggeris.

Pada musim lepas, Skipp telah membantu Norwich City kembali naik ke Liga Perdana Inggeris dan kini dia bermain dia bawah kendalian Nuno Espirito Santo di Tottenham Hotspur. Dia juga telah bermain dalam banyak perlawanan pada musim lepas dan kini telah mempunyai keyakinan dan perkembangan yang baik untuk bermain bersama Spurs di Liga Perdana Inggeris

Bagi Conor Gallagher pula, pada musim 2019/2020, dia telah dipinjamkan ke Charlton Athletic dan Swansea City . Untuk musim 2020/2021, dia dipinjamkan pula ke West Bromwich Albion dan telah melakukan 30 penampilan. Kini Gallagher bermain bersama Crystal Palace Di bawah kendalian Patrick Vieira dan telah menjaringkan 2 gol ketika pasukannya seri 2-2 dengan West Ham United.

Pengalaman Skipp dan Gallagher yang bermain dalam Liga Championship pada musim lepas perlu dijadikan iktibar untuk Garner bermain dengan lebih yakin lagi supaya pada musim depan dia dapat mencurahkan baktinya bersama skuad utama United. Kini dia perlu membantu Nottingham Forest mendapatkan kemenangan pertama musim ini dan melonjakkan pasukannya ke tempat teratas Liga Kejuaraan.

- Advertisement -