James Garner dan Teden Mengi hadir beri sokongan di Old Trafford. Namun persoalan mengenai status mereka menjadi tanda tanya.

0

Manchester United telah memenangi perlawanan permbukaan musim ini dengan bergaya selepas menewaskan LEeds United dengan jaringan 4-1. Pemain yang menyerlah dalam perlawanan tersebut adalah Bruno Fernandes dan Paul Pogba. Greenwood juga tidak dilupakan selepas mencatatkan gol ke-30nya bersama United.

2 orang pemain akademik United tidak berada dalam senarai pemain gantian United pada waktu itu adalah pemain muda yang berbakt dari akdemik United, James Garner dan Teden Mengi. Mereka berdua ini boleh kita kategorikan sebagai pemain yang terlalu bagus untuk bermain dalam akademik United pada ketika ini namun dalam masa yang sama mereka masih belum bersedia untuk tersenarai bagi kesebelasan utama United.

Walaupun peraturan baru membenarkan penambahan pemain di bangku simpanan kepada 9 orang pemain, mereka masih tidak mendapat peluang tersebut. Apa yang bagusnya, mereka tetap hadir ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan utama United.

Masa depan Mengi masih belum ditentukan pada ketika ini. Nama Mengi sering disebut-sebut menjadi rebutan sebagai pemain pinjaman bagi kelab-kelab di liga ‘Championship’ atau ‘League One’. salah satunya adalah kelab Derby County. Bekas pemain lagenda United, Wayne Rooney merupakan pengurus pasukan Derby pada ketika ini.

Dia dan Phil Jones pasti ada sedikit kekecewaan selepas tidak berada dalam senarai pemain gantian di mana tiada seorang pun pemain pertahanan tengah dalam senarai pemain gantian. United turun tanpa Raphael Varane pada perlawanan tersebut dan Eric Baily juga masih belum menyertai latihan selepas pulang dari Olimpik.

Walaupun dia bermain dalam ketiga-tiga perlawanan persahabatan pra-musim, ditambah dengan ketiadaan pertahan muda United, Axel Tuanzebe yang di pinjamkan ke Aston Villa, namum dia masih tidak berjaya berada dalam senarai pemain gantian tersebut.

Berkemungkinan, dengan kualiti pemain senior yang ada pada ketika ini telah memberikan jawapan yang Solskjaer percaya yang Mengi masih belum bersedia untuk kancah Liga Perdana Inggeris.

Situasi ini juga berlaku kepada James Garner, dia dilihat tidak berapa menyerlah dalam siri perlawanan persahabatan sebelum ini. Solskjaer telah menyenaraikan Andres Pereira dan tidak memilih James Garner. Pasti harapan Solskjaer tidak kesampaian untuk melihat kualiti yang lebih bagus dari anak muda Garner ini.

Dia telah bersaing hebat untuk merebut tempat di bahagian tengah United yang dilihat begitu sukar untuk dia mengatasi perkara itu. Ketiadaan namanya dalam senarai pemain perlawanan baru-baru ini memberikan impak kepada kariernya pada musim ini.

United sudah kehilangan Marcus Rashford, Anthony Elanga, Amad Diallo, Jesse Lingard dan Edinson Cavani pada perlawanan pertama ini. Jika mereka semua ini kembali, maka kita sudah mengetahui nasib Garner bagaimana.

United harus meminjamkan Garner dan Mengi sebelum jendela perpindahan ini tutup. Kedua-dua pemain ini harus diberi peluang untuk dipinjamkan ke kelab yang bermain di Liga Perdana Inggeris bagi memberikan mereka pengalaman bola sepak sebenar. Sukar untuk mereka berdua bersaing dengan pemain-pemain sedia ada di United. Perancangan teliti harus dilakukan bagi memberikan peluang dan perkembangan yang bagus untuk karier masa depan mereka.

- Advertisement -