James Garner Bersedia Untuk Musim Depan

0

Manchester United dilihat kurang berminat untuk mencari pemain baru di posisi ‘defensive midfielder’. Pemain muda United, James Garner dilihat boleh bersaing dengan pemain senior untuk posisi tersebut.

Pemain Dari skuad akademi Manchester United, James Garner yang baru kembali dari pinjaman kepada pasukan Nottingham Forest musim lepas semakin yakin dengan persediaan dirinya untuk musim depan.

Pemain berusia 20 tahun ini dilihat aktif di gimnasium dalam membina otot beliau supaya lebih baik Dari sebelumnya. Beliau memberikan gambar dalam Instagram miliknya baru-baru ini.

Secara teknikalnya, James Garner perlu memiliki bentuk badan yang mantap untuk bersaing di Liga Perdana Inggeris. Beliau yang bermain di bahagian tengah dan pertahanan haruslah menunjukkan keyakinan yang tinggi. Cuti musim panas yang panjang ini dimanfaatkan beliau untuk meningkatkan kualiti permainan sebelum pra-musim dijalankan.

Garner perlu menunjukkan kepada pihka pengurusan dan jurulatih bahawa beliau bersedia bila-bila masa untuk mengisi posisi tersebut.

Pra-Musim United

Skuad United akan memulakan pra-musim pada bulan Julai selepas semua pemain selesai dengan tugasan antarabangsa masing-masing.

Kebanyakan pemain senior sibuk dengan tugasan antarabangsa memberikan kelebihan kepadaJames Garner meyakinkan para jurulatih.

Sekiranya beliau boleh bermain dengan baik untuk posisi ‘defensive midfielder’ dengan baik ketika pra-musim, tidak mustahil beliau boleh bersaing dengan pemian lebih senior seperti Nemanja Matic, Fred dan Scott McTominay.

Ole Gunnar Solksjaer yang dilihat suka mengetengahkan pemain muda ke dalam skuad senior seperti yang beliau lakukan terhadap Mason Greenwood pada tahun 2019. James Garner juga boleh lakukannya.

- Advertisement -