James bantu Wales dapatkan 1 mata

0

Danial James telah membuat debut pertamanya untuk Wales dalam Euro 2020 untuk perlawanan pembukaan. James berada dalam kesebelasan utama Wales tetapi dikeluarkan pada minit ke 74.

Wales berjaya mengutip 1 mata selepas keputusan seri 1-1 menentang Switzerland.

Pemain sayap kecil molek dikatakan mampu mengucar-kacirkan pertahanan Switzerland pada separuh masa pertama tetapi dia tidak mendapat banyak hantaran bola.

James hanya mampu melakukan 27 sentuhan sebelum dia dikeluarkan. Pemain lipas kudung ini kelihatan tidak begitu gembira dengan prestasi yang ditunjukkannya. Akan tetpai impak di dalam permaianannya secara keseluruhan ada postifinya.

James ada mencipta 2 peluang untuk rakan sepasukan untuk menghasilkan gol tetapi gagal disempurnakan oleh Kieffer More.

Switzerland yang bermain ndengan 5 pertahanan berjaya mengekang kemaraan James. James telah dikasari sebanyak 3 kali dan jumlah tersebut adlah paling banayak dikalangan rakan sepasukan.

Pengurus Wales berkara pada BBC Sports,”James sangat kecewa apabila dikeluarkan tetapi dia berada dalam keadaan baik di dalam bilik persalinan dan dia fahami apa yang kami lakukan adalah untuk pasukan.”

Rob Page mengakui dia telah mengeluarkan James untuk merehatkannya supaya dia kekal cergas bagi 2 baki perlawanan kumpulan mereka. Mereka akan bertemu dengan pasukan Turkey dan Itali nanti.

- Advertisement -