Jamal Musiala menjadi buruan United

0

Jamal Musiala dikatakan sedang dalam perbincangan kontrak baru bersama pasukannya Bayern Munich. Jamal dilaporkan meminta gaji yang tinggi iaitu bernilai £100k seminggu selepas berjaya membuat 20 penampilan bersama pasukan seniro Bayern itu. Pemain berusia 17 tahun ini mempunyai baki kontrak pemain mudanya selama 18 bulan sedang berusaha untuk memastikan masa depannya dihargai oleh pasukan kelab gergasi german itu.

Jika perbincangan kontrak baru itu gagal, United dijangka bersedia untuk merampas pemain muda tersebut. Walau bagaimanapun, laporan Goal, ada memberitahu, kedua-dua pihak sedang berbincang secara aman dan perkara positif mungkin akan berlaku. Bekas pemain muda Chelsea ini dilaporkan gembira dengan pasukannya sekarang walaupun ada beberapa kelab di Liga Perdana Inggeris menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmatnya. Selain United, Liverpool dan Manchester City juga ada mempunyai perancangan untuk mendapatkan pemain muda ini.

Jamal merupakan sebahagian daripada pemain akademik Chelsea telah berhijrah ke Bayern pada tahun 2019. Keinginan dia untuk berhijrah membuahkan hasil selepas dia menjadi pemain termuda bermain dan menjaringkan gol dalam liga Bundesliga untuk pasukan Bayern. Pengurus pasukan Bayern, Hansi Flick telah memastikan Jamal akan berada bersama pasukan Bayern untuk jangka masa yang lama.

‘Jamal seorang pemain yang berbakat dan berkualiti. Pengurusan Byaern akan memastikan dia akan mendapat habuan yang setimpal dengan bakat yang dia ada.’ Jamal telah menjaringkan 3 gol pada musim ini termasuk jaringan cantik ketika seri 3-3 menentang RB Leipzig pada bulan lepas. Dia telah berjaya mewakili pasukan antarabangsa England bawah 21 dengan membuat 2 penampilan. Tetapi Persatuan Bola Sepak German dalam proses untuk memberikan dia peluang untuk bermain dengan pasukan German pada masa terdekat ini.

- Advertisement -