Jadon Sancho muncul memperkatakan sesuatu selepas Euro 2020, Usain Bolt memberikan kata-kata sokongan kepada mereka bertiga

0

Jadon Sancho telah muncul semula selepas England tewas dalam penentuan penalti perlawanan akhir menentang Itali.

Pemain sayap baru United, tidak mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dalam media sosialnya selepas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan akhir lepas.

Sancho merupakan salah satu daripada 3 pemain England yang gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Pemain berusia 21 tahun telah memuat naik gambar miliknya selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti dan menyatakan permohonan maaf diatas kegagalan tersebut.

Di antara kata-katanya adalah seperti

“Ini merupakan perasaan yang paling mengecewakan dan sakit sepanjang karier saya. Cukup sukar untuk menggambarkan perasaan ini dalam perkataan.”

“Saya sering menyempurnakan sepakan penalti ketika di kelab. Saya sering kali membuat latihan sepakan penalti untuk kelab dan negara. Tetapi ia tidak menjadi pada waktu itu.”

“Kritikan mengenai warna kulit bukan sesuatu yang baru, saya anggap saya tidak melihat perkara tersebut.”

Sancho juga salah seorang yang menerima kritikan hebat berbaur perkauman di lihat begitu positif untuk menjauhi aura negatif yang dilemparkan terhadap kegagalan itu.

Seharusnya Sancho tidak perlu meminta maaf kerana sepakan penalti merupakan peluang 50 50 bagi setiap pemain yang ditugaskannya.

Namun, tidak semua yang memberikan kencaman kepada Sancho, ada di antara mereka yang memberikan kata-kata semangat kepad apemain muda ini untuk membuktikan dirinya di United kelak.

Gandingan Sancho dan Rashford pasti ditunggu-tunggu oleh peminat terutamanya peminat United.

Usain Bolt telah menyampaikan mesej sokongan kepada Rashford, Sancho dan Saka.

- Advertisement -