Jadon Sancho hantar mesej kepada peminat United

0

Jadon Sancho telah bersedia untuk menjalani seisi latihan pertamanya sebagai pemain Manchester United.

Dijangka Sancho akan memulakan latihan bersama pasukan utama United pada hari ini. Dalam masa yang sama, dia telah melakukan latihan secara peribadi di kelab baru untuk musim yang baru ini.

Sancho telah muat naik mesej di Instagram miliknya,’Kembali seperti sediakala’ dan memaklumkan dia cuti rehat telah berakhir.

Pada tahun lepas, pada hari yang sama iaitu hari ini, Dortmund telah meletakkan harga yang sangat tinggi bagi United untuk mendapatkan Sancho.

United telah memilih untuk tidak akan membuat perpindahan itu pada musim lepas. United merasakan Dortmund sengaja meletakkan nilai yang terlalu tinggi kerana tidak mahu melepaskan Sancho.

Dan akhirnya United telah menunggu 1 tahun kemudian untuk mendapatkan Sancho.

Pada bulan lepas, United telah melengkapkan perpindahan Sancho. Nilai tersebut merupakan hampir separuh daripada harga yang ditetapkan Dortmund pada musim sebelumnya.

Sekarang selepas cuti musim panas yang panjang, Sancho akan menyertai latihan bersama rakan-rakan barunya di United.

Pemain-pemain United tidak sabar untuk berlatih bersama Sancho dan yang paling jelas ialah Bruno. Sancho masih ada lebih kurang 5 hari untuk menguji tahap kecergasannya dengan corak permainan United sebelum bermain menentang Leeds untuk penampilan pertamanya.

- Advertisement -