Jadon Sancho dijangka akan menyelesaikan sesi perubatan di Carrington pada hari ini.

0

Selesai sahaja ‘medical checkup’ ini, maka Sancho akan secara rasminya melengkapkan perpindahan dari Dortmund ke United.

Sancho kemudiannya akan bercuti selama 3 minggu sebelum menjalani sesi latihan bersama pasukan United pada awal Ogos.

Disebabkan kelewetan dan pelepasan yang diberikan ini, dia dijangka tidak akan tersenarai dalam kesebelasan utama United pada perlawanan pertama liga.

Perlawanan terakhir pra musim United menentang Everton pada 7 Ogos. Oleh yang demikian, penampilan pertama Sancho masih belum boleh dipastikan pada waktu ini.

Namun seluruh peminat United berasa lega dengan kejayaan United membawa masuk Sancho sebelum kempen liga bermula.

Persediaan awal penting bagi memastikan Sancho boleh ‘settle down’ dengan permainan bola sepak inggeris.

Selepas selesai ‘medical checkup’, sesi ‘interview’, bergambar dan lawatan ke pusat latihan akan dilakukan. Kemudian nomber jersi Sancho akan diberitahu dan perjanjian rasmi ditandatangani.

Perkara sedih mengenai kegagalan menyempurnakan penalti boleh dilupakan. Sancho boleh memulakan karier barunya dengan gemilang di United.

Kami sebagai peminat no 1 United berbesar hati jika United dapat menjuarai semula Liga Perdana Inggeris pada musim 21/22. Dengan kejayaan menjulang trofi dapat mengubati kekecewaan kami dalam kemarau kejayaan selama ini.

- Advertisement -